Seminar Sabtu SIDC mengenai Dagangan Orang Dalam: Tatacara dan Peraturan

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) Suruhanjaya Sekuriti akan menganjurkan seminar Sabtu bertajuk 'Insider Trading: Rules and Regulations' pada 24 Ogos 2002 di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur.

Seminar yang akan dikendalikan oleh Cik Wong Yoke Eng dari Wong Yoke Eng & Associates ini akan memberikan peserta kefahaman yang lebih jelas mengenai perundangan berkaitan dengan orang dalam dan pelbagai kesalahan yang terlibat. Beberapa kajian kes akan dibincangkan untuk menerangkan implikasi dagangan orang dalam dan unsur-unsur yang berkaitan.

Seminar ini terbuka kepada semua orang ramai dan bermanfaat kepada para pengarah syarikat awam tersenarai serta pelabur awam.

Seminar ini memberikan 10 mata CPE, yang boleh dikumpulkan oleh wakil peniaga bagi pembaharuan lesen. CPE ialah program Pendidikan Profesional Berterusan SIDC yang diperkenalkan pada Januari 2001 untuk mempertingkatkan kecekapan profesional wakil berlesen dan dalam jangka panjang, mewujudkan satu budaya pendidikan dan pembangunan diri yang berterusan di kalangan mereka. Mata yang dikumpulkan dengan menghadiri kursus-kursus CPE akan menjadi satu pra-syarat bagi pembaharuan lesen wakil-wakil peniaga dan seterusnya akan merangkumi semua kategori lesen yang lain.

Yuran pendaftaran bagi seminar ini ialah RM180. Mereka yang berminat boleh menghubungi En. Noor Hadi Ali di talian: (03)-6204 8660, faks: (03)-6201 5811 atau e-mel: [email protected]. Maklumat lanjut mengenai seminar tersebut boleh didapati dari tapak web SC di www.sc.com.my.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup