Seminar SIDC bagi mendidik peserta pasaran modal tentang sistem dan budaya pematuhan

Kuala Lumpur, 11 November 1999

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Seminar Peningkatan Pematuhan dalam Pasaran Modal pada 17 November 1999 di Bangunan SC. Seminar ini akan memberi gambaran keseluruhan berkenaan fungsi pematuhan serta pengetahuan yang praktikal untuk melaksanakan tugas tersebut.

Seminar ini tepat pada masanya memandangkan keperluan mandatori di dalam Peraturan Perniagaan bursa-bursa dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah SC bagi syarikat-syarikat broker saham, broker niaga hadapan dan pengurusan unit amanah untuk menyediakan pegawai pematuhan.

Memandangkan keperluan pematuhan dan kesan positif yang akan dibawa oleh budaya pematuhan terhadap keyakinan pasaran, seminar in dibentuk untuk mengajukan pelbagai hal-hal pematuhan dan menekankan keperluan dan tindakan segera dalam mengukuhkan infrastruktur pasaran modal Malaysia.

Seminar ini, yang dijangka akan memberi faedah kepada pengarah syarikat, pengurus kanan, pegawai undang-undang, pegawai pematuhan dan pengurus dana akan, antara lainnya, merangkumi topik berikut:

  • Pematuhan dalam Pasaran Pasaran Modal Malaysia: Gambaran Keseluruhan
  • Mengukuhkan Infrastruktur Pematuhan & Amalan Antarabangsa
  • Program Pematuhan yang Efektif: Apa yang Diperlukan
  • Kod Etika
  • Autopsi Amalan Salah: Kajian Kes

Pegawai kanan SC dan pengamal industri tempatan dan asing yang berpengalaman akan memberi ceramah di seminar tersebut dan mereka termasuk:

  • Dato' Ainum Mohd Saaid, Timbalan Ketua Eksekutif, SC;
  • John J.McDermott Jr, Naib Presiden Pertama dan Penolong Ketua Penasihat, Pengarah Global Corporate dan Institutional Group Compliance, Merrill Lynch, New York;
  • Devanesan Evanson, Naib Presiden Kanan, Pematuhan & Pemeriksaan, Kumpulan Pengawasan Pasaran, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL);
  • Norman Afandy, Pengurus, Pematuhan, KL Mutual Fund Bhd;
  • Steven Lai Choon Lim, Pengurus Besar, OSK Futures & Options Sdn Bhd;
  • Bruce Bromberg, Ketua Kawasan Undang-undang & Pematuhan, Morgan Stanley Dean Witter Asia; dan
  • Sharkawi Alis, Pengarah, Bahagian Pengawasan Pasaran, SC

Pihak yang berminat boleh menghubungi Zainab Ismail/Rosma Abdul Azid di nombor telefon 03-654 8848 atau nombor faksimili 03-651 5811. Maklumat lanjut seminar boleh juga didapati daripada Laman Web SC di www.sc.com.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak media yang memerlukan bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel. no. 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03- 654 8625 (Soh Beng Choo) atau faks no. 03- 651 5078



Maklumat latar belakang:

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) merupakan bahagian pendidikan SC. Ia bertanggungjawab memudahkan pendidikan dan penyelidikan dalam pembangunan pasaran modal Malaysia melalui latihan dan penyebaran hasil kajian bukan propietari. Ia juga bertanggungjawab bagi pembangunan pusat maklumat SC yang apabila tertubuh sepenuhnya akan menjadi pusat sumber maklumat pasaran modal yang ulung bagi rantau ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup