Seminar SIDC Mengenai Perancangan Kewangan di Kota Kinabalu

Kuala Lumpur, 28 Julai 2004

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti, akan menganjurkan seminar mengenai profesion perancangan kewangan bertajuk " Financial Planning and the Professionals " di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu pada 7 Ogos 2004.

Peranan perancang kewangan kini semakin sofistikated kerana pelabur telah terdedah dengan pelbagai pilihan pelaburan. Terdapat permintaan yang meningkat bagi perancang kewangan yang berkelayakan dan berkemahiran yang boleh membantu pelabur dalam membuat keputusan yang bijak.

Menyedari keperluan ini dan bagi melindungi pelabur, SIDC telah memulakan program pendidikan untuk mempromosikan kepentingan profesion ini. Seminar tersebut akan mendalami peranan dan tanggungjawab perancang kewangan, serta proses dan disiplin yang diperlukan dalam menguruskan keperluan perancangan kewangan pelanggan.

Peserta seminar akan memperolehi gambaran mendalam melalui kes kajian mengenai bagaimana untuk memulakan proses perancang kewangan dengan menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada bakal pelanggan mereka dan yang sedia ada.

Seminar tersebut akan dikendalikan oleh Paul Chan, yang merupakan Ahli Lembaga Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Semula Piawaian dan Profesional.

Seminar ini terbuka kepada orang ramai, pelajar universiti dan khususnya bagi bakal perancang kewangan dan yang sedia ada. Kursus tersebut diperakui sebagai CPE SIDC dan memberikan 10 mata CPE. Wakil peniaga dan penasihat pelaburan juga digalakkan untuk turut serta.

Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM200 setiap orang. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila hubungi Khidmat Korporat SIDC di talian 03- 6204 8667 atau layari tapak web SC di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup