Seminar SIDC Mengenai Rangka Kerja Baru Penjanaan Dana

Kuala Lumpur, 31 Julai 2000

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) akan menganjurkan satu seminar pada 10 Ogos 2000 bagi menerangkan kepada peserta pasaran mengenai implikasi rangka kerja baru penjanaan dana. Seminar tersebut, yang bertajuk "Seminar mengenai Penjanaan Modal di Malaysia: Satu Persekitaran Kewangan yang Berubah", akan diadakan di bangunan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Tujuan utama seminar tersebut adalah bagi memberi kefahaman kepada para peserta mengenai implikasi rejim pengawalseliaan baru bagi penjanaan dana, yang wujud daripada berkuatkuasanya pindaan kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993 pada 1 Julai 2000. Di bawah rejim pengawalseliaan baru ini, SC merupakan pengawal selia tunggal bagi semua aktiviti penjanaan dana di Malaysia, di mana ia adalah pihak berkuasa yang meluluskan dan mendaftar prospektus bagi semua sekuriti selain daripada sekuriti yang diterbitkan oleh kelab rekreasi tidak tersenarai.

Dengan rangka kerja pengawalseliaan baru bagi penjanaan dana sebagai tajuk dasarnya, seminar tersebut akan memberikan para peserta pandangan dan maklumat mengenai, antara lain, perkara berikut:

  • peluang dan cabaran menjana modal melalui pasaran bon;
  • keperluan pengawalseliaan bagi terbitan bon korporat;
  • implikasi pencukaian bagi pasaran bon; dan
  • isu-isu para pelabur perlu tahu apabila melabur dalam instrumen hutang serta hak dan bantuan yang tersedia bagi mereka.

Panel penyampai yang terkenal merupakan pakar dalam bidang mereka dan terdiri daripada wakil-wakil daripada pengawal selia tempatan dan asing, penerbit-penerbit, penasihat-penasihat korporat dan peguam.

Seminar ini ditujukan kepada para pengarah dan pengurus kanan syarikat awam tersenarai, ahli-ahli bank, penerbit, pengurus dana, peguam, perantara pasaran, para profesional pasaran modal dan para pelabur.

Pihak yang berminat boleh menghubungi Perkhidmatan Korporat SIDC di tel: 03 654 8000 atau faks: 03 651 8008 bagi pertanyaan dan tempahan.

SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CENTRE

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup