Seminar SIDC Untuk Menggalakkan Kesedaran Hak Pemegang Saham Di Mesyuarat Agung

Kuala Lumpur, 13 Mei 1999

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan seminar setengah hari bertajuk, Seminar Hak dan Tanggungjawab Pemegang Saham di Mesyuarat Agung pada 22 Mei 1999, bertempat di Suruhanjaya Sekuriti.

Seminar SIDC ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran di kalangan pemegang saham tentang hak mereka di mesyuarat agung serta perihal pentingnya bagi mereka untuk melaksanakan hak-hak berkenaan dengan penuh tanggungjawab.

Seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha yang sedang dijalankan untuk menggalakkan penyertaan pemegang saham yang lebih efektif dalam pentadbiran syarikat. Seminar ini bertujuan untuk menekankan bahawa bagi pelabur yang kebanyakkannya adalah pelabur runcit dan mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dari segi perbandingan, tentang hak dan tanggungjawab mereka, adalah penting bagi mereka menyedari yang mereka mempunyai peranan di dalam pentadbiran syarikat walaupun kuasa pentadbiran selalunya diwakilkan kepada lembaga pengarah.

Seminar ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan seperti:

  • Hak pemegang saham untuk menghadiri, berucap dan mengundi di mesyuarat agung;
  • Keperluan mengagihkan kuasa korporat di antara lembaga pengarah dan pemegang saham di mesyuarat agung; dan
  • Maksud pelbagai jenis mesyuarat pemegang saham seperti Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Luarbiasa dan Mesyuarat Kelas.

Peserta sasaran bagi seminar ini adalah pelabur runcit dan pengarah serta golongan profesional seperti setiausaha syarikat, akauntan dan ahli akademik. Pihak yang berminat boleh menghubungi Rosma Abd Azid, SIDC di tel. no. 03-654 8000/ faks no. 03-651 5811 atau e-mel: [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Diedarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak media yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel no. 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03-654 8107 (Ida Mariana Azmi) atau faks no. 03-651 5078.

Maklumat latar belakang:
Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) merupakan bahagian pendidikan SC. Ia bertanggungjawab memudahkan pendidikan dan penyelidikan dalam pembangunan pasaran modal Malaysia melalui latihan dan penyebaran hasil kajian bukan proprietari. Ia juga bertanggungjawab bagi pembangunan pusat maklumat SC yang apabila tertubuh sepenuhnya akan menjadi pusat sumber maklumat pasaran modal yang ulung bagi rantau ini.
Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup