Seminar SIDC untuk menggalakkan pelaporan kewangan berkualiti dan pematuhan terhadap piawaian perakauan

Kuala Lumpur, 29 September 1999

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Seminar Laporan Kewangan dan Pematuhan pada 7 Oktober 1999 di Bangunan SC.

Objektif utama seminar ini ialah untuk menggalakkan amalan pelaporan kewangan yang bertanggungjawab dan pematuhan terhadap piawaian perakaunan di kalangan syarikat-syarikat tersenarai dan para pengamal industri.

Untuk tujuan ini, peserta seminar juga berpeluang untuk mendengar pandangan dari peserta industri yang berpengalaman mengenai penyediaan dan audit ke atas penyata kewangan. Pengawalselia pasaran dari dalam dan luar negara - dari United Kingdom dan Australia - akan berkongsi pendapat di dalam bidang pengawasan dan penguatkuasaan piawaian perakaunan.

Seminar ini diadakan tepat pada masanya memandangkan Peraturan Perindustrian Sekuriti (Pematuhan kepada Piawaian Perakaunan yang Diluluskan) 1999 yang telah berkuatkuasa pada 18 Jun 1999 memerlukan syarikat-syarikat tersenarai, pengarah atau ketua eksekutif syarikat tersebut mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan tersebut merupakan satu kesalahan.

Seminar ini diadakan khusus untuk pengarah syarikat, setiausaha syarikat, juruaudit, para akademik, akauntan, penganalisis kewangan dan pengguna penyata kewangan.

Pegawai-pegawai kanan daripada SC dan juga pengamal industri dan pasaran yang berpengalaman akan mengendalikan seminar ini. Mereka terdiri daripada:

  • Ken Pushpanathan, Rakan, Arthur Andersen & Co.;
  • Douglas Niven, Timbalan Ketua Akauntan, Australian Securities and Investments Commission (ASIC);
  • Carol Page, Penolong Setiausaha, Financial Reporting Review Panel, United Kingdom;
  • Mark Rozario, Pengurus Besar, Kumpulan Kewangan Sungei Way Holdings Berhad;
  • Cheah Chuan Lok, Ketua Penyelidikan Ekuti, AMMB Asset Management Sdn Bhd;
  • Yang Berbahagia Datin Azizah Mohd Jaafar, Pengurus Besar, Suruhanjaya Sekuriti

Dua sesi panel akan diadakan dan dipengerusikan oleh tokoh-tokoh industri iaitu Yang Mulia Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Tony Seah Cheoh Wah, Ahli Lembaga, Institut Perakaunan Malaysia (MIA).

Seminar ini adalah salah satu usaha SC dalam meningkatkan tahap kebertanggungjawapan, ketelusan dan pentadbiran korporat yang lebih baik untuk kepentingan pelabur.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi Puan Rosmawati Abd Azid di talian: 03 - 654 8590/ faks: 03-651 5811.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Dikeluarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak media yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Jabatan Hal-Ehwal Koperat di talian: 03-654 8513 (Ann Teoh)/03-654 8625 (Soh Beng Choo) atau faks no. 03-651 5078.

Maklumat latar belakang:

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC)
merupakan bahagian pendidikan SC. Ia bertanggungjawab memudahkan pendidikan dan penyelidikan dalam pembangunan pasaran modal Malaysia melalui latihan dan penyebaran hasil kajian bukan propietari. Ia juga bertanggungjawab bagi pembangunan pusat maklumat SC yang apabila tertubuh sepenuhnya akan menjadi pusat sumber maklumat pasaran modal yang ulung bagi rantau ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup