Seminar SIDC untuk Tingkatkan Lebih Kefahaman Mengenai Dana Dagangan Bursa

Kuala Lumpur, 17 November 2005

Berikutan pengenalan garis panduan mengenai dana dagangan bursa (ETF) oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada Jun 2005 lalu, sebuah dana pelaburan telah diperkenalkan kepada pelabur Malaysia, yang mewakili objektif yang lebih besar dalam memperkembang dan memperluas pasaran modal Malaysia.

Menyedari keperluan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap ETF, Pusat Perkembangan Industri Sekuruiti (SIDC) SC akan menganjurkan seminar bertajuk "Dana Dagangan Bursa: Memperkembang Peluang Pelaburan di Malaysia" pada 24 November 2005 di SC Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Seminar tersebut menyediakan maklumat praktikal mengenai prinsip dan mekanisme ETF, dan mendalami proses yang membabitkan penstrukturan dana tersebut. Ia juga akan menyentuh mengenai perkembangan dan daya tarikan ETF sebagai produk pelaburan, serta manfaat dan risiko yang berkaitan dengannya.

Topik-topik menarik lain yang akan dibincangkan termasuk kerangka perundangan dan pengawalseliaan ETF, penyenaraian dan penawaran ETF, peletakan harga dan pengagihannya, serta penggunaan ETF sebagai instrumen pengurusan risiko dalam pengurusan dana. Peserta juga akan berpeluang mendapatkan penjelasan daripada para pembentang ketika sesi perbincangan panel.

Seminar ini disasarkan kepada pengurus dana, penasihat pelaburan, broker unit amanah, broker saham, pengurus dana pencen, penasihat korporat, penasihat perundangan dan percukaian, penganalisis penyelidikan serta ahli akademik. Peserta pasaran lain dan orang ramai juga digalakkan untuk hadir. Seminar tersebut merupakan seminar akreditasi CPE SIDC dan memberikan 10 mata CPE.

Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM550 setiap orang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khidmat Korporat SIDC di talian 03- 6204 8667 atau lawati tapak web SC di sini.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup