Semua Permohonan untuk Memperoleh Semula Saham Perlu Diterima oleh SC Selewat-lewatnya Pada Pukul 5.00 petang, 1 Jun 1999

Kuala Lumpur, 20 April 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengingatkan para pelabur yang masih memegang sijil saham, yang tidak dikecualikan, dalam bentuk fizikal bahawa semua permohonan untuk memperoleh semula saham mereka perlu diterima oleh Unit Memperoleh Semula Saham (SRU) selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang, 1 Jun 1999.

Di bawah undang-undang yang baru dipinda, sekiranya tiada sebarang permohonan yang diterima oleh SC selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang, 1 Jun 1999, Menteri Kewangan boleh menjual sekuriti-sekuriti tersebut bila-bila masa selepas tarikh tersebut. Namun begitu, adalah menjadi dasar Kementerian Kewangan untuk tidak menjual sebarang sekuriti sehinggalah selepas 1 Disember 1999.

Apabila sekuriti-sekuriti tersebut dijual oleh Menteri Kewangan, para pelabur bolehlah memohon selepas itu untuk menuntut hasil daripada jualan tersebut daripada Pendaftar Wang Tidak Dituntut. Mereka boleh membuat permohonan tersebut pada bila-bila masa, untuk selama-lamanya.

Khususnya, pihak SC ingn menggesa para pelabur yang mana sijil-sijil saham mereka telah dicuri atau hilang untuk bertindak segera memandangkan prosedur-prosedur permohonan dalam keadaan sedemikian mungkin memakan masa yang lama.

Para pelabur yang mana sijil-sijil saham mereka telah hilang atau dicuri dikehendaki mendapatkan sijil gantian daripada pendaftar saham yang relevan, khas untuk membuat permohonan kepada SC. Prosedur-prosedur ini, secara umumnya, memerlukan pihak pelabur untuk memberikan pengisytiharan bersumpah, akujanji dan jaminan gantirugi seperti yang diperlukan di bawah Akta Syarikat 1965. Tambahan lagi, pendaftar syarikat perlu mengiklan di dalam surat khabar sebelum sijil gantian boleh dikeluarkan.

Sekiranya tiada sebarang permohonan yang dibuat kepada pendaftar syarikat menjelang akhir bulan April, pendaftar syarikat mungkin tidak dapat dan tidak dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan sijil-sijil gantian selewat-lewatnya pada 1 Jun 1999. Pihak SC tidak akan melayan sebarang rayuan yang tidak disertakan dengan sijil (gantian) asal.

Pihak-pihak yang masih memegang sijil-sijil saham, yang tidak dikecualikan daripada keperluan deposit mandatori, selepas pukul 12.30 petang pada 1 Disember 1998 akan mendapati hakmilik sekuriti-sekuriti tersebut dipindahkan kepada Menteri Kewangan mengikut section 29 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)(Pindaan)(No. 2) 1998.

Untuk pertanyaan lanjut, Unit Memperoleh Semula Saham boleh dihubungi di talian (03) 654 8888 atau (03) 654 8000 atau no. faks (03) 651 5518 atau e-mel kepada [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di no. tel. 03-6548513 (Ann Teoh) / 03-6548107 (Ida Mariana Azmi) atau no. faks: 03-6515078.


Maklumat latarbelakang:
Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawasan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab secara langsung untuk menyelia dan mengawasi aktiviti-aktiviti institusi-institusi pasaran, termasuk bursa-bursa dan rumah-rumah penjelasan, dan mengawalselia semua individu yang dilesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup