Senarai Kemas Kini Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC
25 Mei 2017  |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC).

Senarai yang telah dikemas kini tersebut, yang berkuat kuasa pada 26 Mei 2017, mengandungi sejumlah 676 sekuriti patuh Syarikah. Sekuriti-sekuriti ini merangkumi 75 peratus daripada sejumlah 901 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut memasukkan 23 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan mengeluarkan 13 sekuriti daripada senarai sebelum ini yang dikeluarkan pada November 2016.

Senarai penuh, yang dikemas kini dua kali setahun adalah berpandukan penyata kewangan tahunan teraudit syarikat yang terkini, kini boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my. Senarai kemas kini seterusnya akan dikeluarkan pada November 2017, berpandukan semakan terhadap penyata kewangan teraudit yang dikeluarkan sehingga 30 September 2017.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Ooops!
Generic Popup