Senarai Terkini Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC (24 Mei 2007)

Kuala Lumpur, 24 Mei 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan senarai terkini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai sekuriti patuh Syariah terkini yang tersenarai di Bursa Malaysia tersebut berkuat kuasa mulai 25 Mei 2007. Senarai penuh tersebut boleh didapati di tapak web SC di sini.

Tujuh belas sekuriti yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah, telah dimasukkan dalam senarai tersebut (Jadual 1) yang kini berjumlah 875 sekuriti. Sebelas sekuriti yang berada dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan (Jadual 2).

Berpandukan senarai terkini, 86 peratus sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia adalah diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sekuriti patuh Syariah juga boleh didapati dalam semua sektor industri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Senarai terkini tersebut juga menyenaraikan nama sekuriti syarikat baru yang telah menggantikan status penyenaraian syarikat yang sebelum ini disenaraikan dan yang telah diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah (Jadual 4). Status Syariah syarikat tersebut akan hanya ditentukan selepas maklumat yang mencukupi diperolehi daripada syarikat baru tersebut.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti tersenarai ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC. MPS telah menggunakan kriteria yang standard dengan menumpukan kajian terhadap aktiviti syarikat tersenarai di Bursa Malaysia . Maklumat tentang pendekatan dan kriteria pengklasifikasian serta nasihat dan panduan daripada MPS mengenai penjualan sekuriti tidak patuh Syariah dinyatakan dalam senarai tersebut.

Buku kecil senarai tersebut akan diterbitkan dan diedarkan secara percuma oleh SC. Senarai kemas kini selepas ini akan dikeluarkan pada bulan November 2007.

Jadual 1: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah

* Sekuriti syarikat-syarikat ini telah diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah pada peringkat IPO

Jadual 2: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah
Jadual 3: Sekuriti patuh Syariah di Bursa Malaysia
Jadual 4: Sekuriti baru yang mengambil alih status penyenaraian sekuriti yang sebelum ini adalah sekuriti patuh Syariah


* Setakat 16 Mei 2007

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup