Forum Pelaburan Bertanggungjawab: Malaysia Galak Pembangunan SRI
14 Julai 2017   |   Kuala Lumpur
Malaysia, yang diperakui mempunyai kewangan Islam yang maju, menerajui usaha untuk menggalakkan cadangan pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) berdasarkan nilai-nilainya yang dikongsi bersama dalam kewangan Islam.

ASebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai pelaburan bertanggungjawab, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia telah menjadi tuan rumah bersama Forum Pelaburan Bertanggungjawab hari ini di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Principles for Responsible Investment (PRI), badan disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Aset-aset SRI global telah meningkat sebanyak 25% sejak dua tahun lalu dari 2014 hingga 2016 kepada US$22.9 trilion. Global Sustainable Investment Review 2016 telah melaporkan bahawa Malaysia dengan bahagiannya sebanyak 30% di Asia (tidak termasuk Jepun) merupakan pasaran SRI terbesar di rantau ini, kerana Malaysia mengiktiraf dana patuh Syariah sebagai sebahagian daripada rangkuman SRI.

Berucap di forum tersebut, Zainal Izlan Zainal Abidin, Pengarah Urusan, Pembangunan & Pasaran Islam SC berkata, “Meningkatnya kesedaran dan permintaan terhadap pelaburan mampan dan bertanggungjawab di peringkat global telah mewujudkan peluang besar untuk mengembangkan kewangan Islam, berdasarkan kesamaan dalam prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang menyokong kedua-dua segmen pasaran." Beliau menambah, "SC akan terus memudahcarakan pembangunan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan SRI dan kewangan Islam bagi memastikan pasaran modal menangani keperluan para pelabur dan penerbit."

Malaysia mempelopori pembangunan segmen SRI patuh Syariah melalui usaha penyediaan rangka kerja Sukuk SRI oleh SC pada 2014. SC kini sedang membangunkan satu rangka kerja bagi dana pelaburan SRI dan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan SC untuk memudahcarakan pewujudan ekosistem yang kondusif untuk pihak berkepentingan dalam SRI.

Galakan terhadap SRI turut diterajui oleh Bursa Malaysia Bhd. Ia telah melancarkan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia pada Disember 2014 yang bermatlamat memprofilkan syarikat-syarikat dengan amalan persekitaran, sosial dan tafbir urus yang baik. Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia yang ditanda aras di peringkat antarabangsa merupakan indeks ESG pertama yang dilancarkan di Asia dan pada permulaannya terdiri daripada 24 konstituen. Kini ia telah meningkat kepada 43, menunjukkan pertumbuhan amalan ESG yang berterusan dalam kalangan syarikat korporat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, “Bursa Malaysia percaya wujud cadangan nilai yang kukuh bagi syarikat untuk mengguna pakai, mengamalkan dan melapor usaha ke arah kemampanan dengan lebih bermakna. Dengan meletakkan kemampanan sebagai teras dalam pasaran, Bursa Malaysia menetapkan keadaan yang akan memberi manfaat kepada semua peserta utama pasaran di sepanjang rantaian nilai, khususnya kepada para penerbit tersenarai dan pelabur."

Martin Skancke, Pengerusi Lembaga PRI, yang menyampaikan ucap utama di forum tersebut berkata, "Dengan berkembang pesatnya minat terhadap ESG, forum ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap pelaburan bertanggungjawab, dan mempertimbangkan pemacu/penggerak pasaran, trend dan amalan." Beliau menambah, "Misi teras PRI adalah untuk mempromosi pelaburan bertanggungjawab dan menggalakkan penyepaduan ESG yang lebih meluas. Para pelabur perlu bertindak sebagai pemilik yang aktif dalam semua kelas aset pelaburan mereka."





Speaking at the Responsible Investment Forum Zainal Izlan Zainal Abidin, Managing Director, Development & Islamic Markets of SC said, “SC continues to facilitate development of products and services that meet the requirements of both SRI and Islamic finance to ensure the capital market serves the needs of investors and issuers.”
Speaking at the Responsible Investment Forum Zainal Izlan Zainal Abidin, Managing Director, Development & Islamic Markets of SC said, “SC continues to facilitate development of products and services that meet the requirements of both SRI and Islamic finance to ensure the capital market serves the needs of investors and issuers.”
Experts and stakeholders giving local perspectives on environmental, social and governance practices at Responsible Investment Forum KL, co-hosted by Securities Commission Malaysia and Bursa Malaysia.

(Dari Kiri) Ahli Panel adalah: 
  • Moderator – Martin Skancke, Pengerusi, PRI 
  • Yew Yee Tee, Ketua Pegawai Kawal Selia, Bursa Malaysia 
  • Zainal Izlan Zainal Abidin, Pengarah Urusan Pembangunan & Pasaran Islam, SC 
  • Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pengarah Strategi & Eksekutif Pelaburan, Khazanah Nasional Berhad 
  • Promod Dass, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, RAM Ratings

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA
THE PRINCIPLES FOR RESPONSIBLE INVESTMENT (PRI)


Ooops!
Generic Popup