Pengawal selia pasaran pesat membangun global pertingkat usaha membangunkan kewangan mampan dan perkukuh daya tahan siber
21 September 2017   |   Colombo, Sri Lanka
Pengawal selia pasaran pesat membangun utama bertemu di Colombo, Sri Lanka minggu ini, di mesyuarat dan persidangan tahunan Jawatankuasa Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) IOSCO, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh, yang juga merupakan Naib Pengerusi Lembaga IOSCO. Mesyuarat dan persidangan tahunan Jawatankuasa GEM diikuti oleh mesyuarat Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IOSCO, yang dihoskan oleh Securities and Exchange Commission Sri Lanka.
Pengawal selia pasaran pesat membangun utama bertemu di Colombo, Sri Lanka minggu ini, di mesyuarat dan persidangan tahunan Jawatankuasa Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) IOSCO, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh, yang juga merupakan Naib Pengerusi Lembaga IOSCO. Mesyuarat dan persidangan tahunan Jawatankuasa GEM diikuti oleh mesyuarat Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik IOSCO, yang dihoskan oleh Securities and Exchange Commission Sri Lanka.

Acara dua hari tersebut menarik lebih 300 peserta dari 50 bidang kuasa. Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremasinghe menyampaikan ucap utama di Persidangan GEM.

Para peserta membincangkan langkah-langkah bagi menangani cabaran dalam usaha untuk meningkatkan pembiayaan berasaskan pasaran yang mampan, termasuk peranan penggubal dasar, pengawal selia dan peserta industri dalam mempromosi penyelesaian kewangan hijau dalam pasaran pesat membangun. Peranan Institusi Kewangan Antarabangsa dalam menyokong pasaran modal mampan juga turut dikaji semula.

Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, “Para pengawal selia pasaran pesat membangun telah bersetuju untuk meningkatkan pembangunan kewangan mampan, termasuk penubuhan satu Pasukan Petugas mengenai Kewangan Mampan”.

Usaha-usaha ini juga adalah sejajar dengan usaha SC untuk meletakkan Malaysia kedudukan Malaysia sebagai peneraju pusat kewangan Islam dan cadangan nilainya sebagai pusat bagi kewangan mampan, dengan penerbitan sukuk hijau pertama di dunia baru-baru ini di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) SC.

Dengan meningkatnya bilangan dan kerumitan peristiwa siber yang berlaku kebelakangan ini, Jawatankuasa GEM juga mengadakan latihan simulasi siber yang dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar pasaran untuk mengukuhkan keupayaan dan kesediaan kawal selia dalam menangani ancaman siber.

Ranjit berkata, “Kerjasama erat dalam pengawalseliaan adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan dan kepakaran kawal selia yang berkaitan dengan ancaman siber”.

Antara bidang lain yang dibincangkan termasuk isu-isu dan cabaran utama berkaitan kecairan dalam pasaran modal pesat membangun. Para pengawal selia turut membincangkan bagaimana fintech boleh mencorakkan pasaran modal dan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pelabur, khususnya dalam bidang seperti penawaran mata wang crypto (cryptocurrency) dan tawaran syiling awal (initial coin offering – ICO)

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

NOTA:

Jawatankuasa GEM merupakan Jawatankuasa terbesar IOSCO, yang mewakili 107 anggota dan kira-kira 80 peratus keanggotaan IOSCO, termasuk 11 anggota G20. IOSCO merupakan penetap standard global terkumuka bagi pengawalseliaan sekuriti. Keanggotaan organisasi ini mengawal selia lebih 95% daripada pasaran sekuriti dunia di lebih 115 negara.


Ooops!
Generic Popup