Chok Chew Lan, 55, seorang pengarah di Tsunami Capital Sdn Bhd, telah dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal untuk bertemu dengan pegawai penyiasat SC untuk disoal secara lisan dan membantu dalam satu siasatan yang masih dijalankan. Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah seksyen 134(5)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA). Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 5 dan 19 September 2017.
Chok memohon untuk dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikenakan keatasnya. Hakim Mahkamah Sesyen Hasbullah Adam membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, dan juga mengarahkannya untuk menyerahkan pasport. Sebutan kes ditetapkan pada 27 November 2017.
Pelanggaran seksyen 134(5) SCMA merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta, atau kedua-duanya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA