SIARAN MEDIA


19 Januari 2022 |  Kuala Lumpur 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin menjelaskan bahawa keterangan bebas yang diperolehi semasa melaksanakan inkuiri berhubung dengan akaun dagangan saham Tan Sri Azam Baki (TSAB) menunjukkan bahawa:

1. TSAB adalah penama akaun saham dan beliau mempunyai kuasa ke atas akaun saham tersebut;
2. TSAB telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan telah menyampaikan arahan untuk jual, beli serta pemindahan saham daripada akaun tersebut

Oleh yang demikian, pihak SC telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran terhadap seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup