SIARAN MEDIA - 18 JANUARI 2022


18 Januari 2022 |  Kuala Lumpur 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan kenyataan media ini untuk menjawab pertanyaan media yang diterima pada hari ini mengenai hasil siasatan SC di bawah seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Tan Sri Azam Baki (dirujuk sebagai “siasatan tersebut”).

Pada peringkat awalnya, SC ingin menyatakan bahawa sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)

Sehubungan dengan ini, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA. Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

SC telah menamatkan inkuiri dan berdasarkan keterangan yang dikumpul, pihak SC tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA telah berlaku.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup