Tujuan mengendalikan peperiksaan ini di Sabah dan Sarawak adalah untuk memudahkan dan lebih menjimatkan bagi individu yang berminat dan tinggal di tempat berkenaan untuk menduduki peperiksaan tersebut. SIDC menganjurkan peperiksaan pelesenan secara bulanan di Kuala Lumpur.
Walaupun tidak ada syarat pra-kelayakan bagi orang awam untuk menduduki mana-mana peperiksaan, bakal calon terpaksa memenuhi keperluan Jabatan Pelesenan SC dan bursa berkaitan, bagi mendapatkan lesen tertentu.
SC menggesa individu yang berminat untuk mendaftar awal bagi peperiksaan kerana tempat adalah terhad dan ini merupakan satu-satunya sesi peperiksaan yang dikendalikan di Sabah dan Sarawak bagi tahun 1999.
Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut tentang peperiksaan, sila hubungi Pusat Peperiksaan SIDC di talian 03-654 8202/8203 atau faks: 03-651 5822. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Laman Web SC di www.sc.com.my.
Berkuatkuasa 1 Julai 1999, SIDC merupakan badan tunggal yang mengendalikan peperiksaan bagi wakil peniaga pelatih di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan di Bursa Urusniaga Sekuriti dan Sebutharga Automasi Malaysia (MESDAQ); wakil broker niaga hadapan di Bursa Opsyen dan Kewangan Niaga Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) dan Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX); wakil pengurus dana; wakil pengurus dana niaga hadapan dan orang yang dilantik (designated persons) di industri unit amanah.