SIDC anjur bengkel mengenai pasaran ekuiti dari 8-11 Januari

Kuala Lumpur, 2 Januari 2003

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti (SC), akan menganjurkan bengkel empat hari mengenai pasaran ekuiti Malaysia dari 8-11 Januari 2003 di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur.

Bengkel ini ialah sebahagian daripada Siri Bengkel Pasaran Modal SIDC yang memberi tumpuan kepada unsur asas pasaran ekuiti di Malaysia termasuk pengawalseliaan dan produknya. Ia khusus bagi peserta baru dalam industri, calon-calon yang membuat persediaan bagi peperiksaan pelesenan Modul 6 & 7 serta orang awam dan para pelabur.

Penceramah dari SC, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan industri akan memberikan ceramah yang merangkumi tajuk antara lain, pengenalan kepada struktur pengawalseliaan pasaran ekuiti (termasuk undang-undang sekuriti, pengambilalihan dan rangka kerja perundangan serta penjanaan modal di pasaran primer), dagangan di pasaran sekunder dan Peraturan Perniagaan BSKL (termasuk perhubungan antara syarikat broker saham dan pelanggannya, sistem penjelasan, penghantaran dan penyelesaian serta tindakan korporat).

Di samping itu, bengkel tersebut juga akan membincangkan asas analisis penyata kewangan dan teori penilaian aset yang bertujuan membantu peserta memahami kaedah menganalisis sekuriti bagi pelaburan.

Hari keempat bengkel tersebut berupa pilihan. Ia merupakan sesi tutorial bukan sahaja untuk membantu calon-calon membuat persediaan bagi peperiksaan pelesenan Modul 6 & 7 tetapi juga akan memberikan manfaat kepada para peserta lain yang ingin mendapatkan pengetahuan umum mengenai topik-topik yang akan dibentangkan dalam bengkel tersebut, termasuklah pasaran saham dan undang-undang sekuriti, analisis penyata kewangan dan penilaian aset serta teknik peperiksaan.

Yuran pendaftaran ialah RM500 bagi bengkel penuh selama empat hari. Peserta juga boleh menghadiri hanya tiga hari pertama dengan yuran sebanyak RM400 atau sesi tutorial sahaja sebanyak RM100. Mereka yang berminat boleh menghubungi Khidmat Korporat SIDC di talian: (03)-6204 8669/ 6204 8667, faks: (03)-6201 8008 atau e-mel ke [email protected]. Maklumat lanjut boleh didapati di www.sc.com.my

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup