SIDC Anjur Bengkel Mengenai Pengurusan Dana

Kuala Lumpur, 29 April 2003

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) akan menganjurkan satu bengkel mengenai pengurusan dana bertajuk “Asas-Asas Pengurusan Dana” pada 6 – 8 Mei 2003 di Suruhanjaya Sekuriti.

Bengkel selama tiga hari bagi peringkat asas ini bertujuan memberikan kefahaman mengenai industri pengurusan dana di Malaysia, struktur pengawalseliaannya dan memperkenalkan peserta pasaran yang berkenaan. Juga akan dibincangkan di bengkel ini ialah jenis-jenis dana yang berbeza, cara pengurusan dan aspek-aspek praktikal berkaitan dengan tatalaku perniagaan pengurus dana.

Bengkel tersebut akan dimulakan dengan gambaran menyeluruh mengenai industri pengurusan dana. Ini diikuti dengan sesi menarik mengenai pertimbangan beretika dalam tatalaku sebenar sesebuah syarikat pengurusan dana, kesalahan sekuriti, kesalahan kenyataan dan pematuhan.

Hari 2 akan dimulakan dengan isu-isu mengenai asas pelaburan, perancangan kewangan, pengurusan portfolio, peruntukan aset dan pengurusan risiko. Hari 3 memberikan tumpuan kepada subjek yang lebih sofistikated seperti pelbagai teori pengurusan portfolio bagi portfolio yang berlainan, sebagai contoh, ekuiti, hutang, aset antarabangsa dan aset bukan tradisional. Di samping itu, teknik-teknik pengawasan prestasi dana juga akan dibincangkan.

Bengkel ini terbuka kepada semua pengurus aset dan dana, penasihat korporat, pelabur institusi dan korporat, pelajar universiti dan orang ramai yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pengurusan dana.

Yuran pendaftaran bagi seminar itu ialah sebanyak RM900. Mereka yang berminat boleh menghubungi Khidmat Korporat SIDC di talian: 03-6204 8667, faks: (03)-6201 8008 atau e-mel: [email protected].

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup