Objektif utama seminar ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan piawai kewaspadaan (prudential standards) dan pematuhan yang mencukupi di kalangan firma-firma ahli, khususnya di dalam persekitaran penzahiran sepenuhnya. Untuk tujuan itu, seminar sehari tersebut akan merangkumi isu-isu mengenai:
- pengawasan, pematuhan dan kawalan dalaman
- pentadbiran korporat dan pengurusan risiko
- amalan jualan terbaik dan kesesuaian pelanggan
- peranan dan fungsi organisasi kewalseliaan sendiri dari segi pematuhan di kalangan ahli
- peranan dan fungsi pegawai-pegawai pematuhan
Seminar ini ditujukan kepada golongan broker saham, broker niaga hadapan, pengurus dana, bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan pengawalselia.
Para penceramah di seminar itu terdiri daripada organisasi-organisasi antarabangsa yang terkemuka seperti:
- Merril Lynch Asia Pacific, Hong Kong dan Singapura
- National Futures Association, Chicago
- Swiss Bank Corporation, Zurich
- Securities and Futures Authority, London
Seminar tersebut dijangka menjadi wadah yang berkesan bagi SC untuk menjelas dan mengetengahkan, demi kepentingan para peserta industri dan masyarakat umum, isu-isu penting mengenai pematuhan dan amalan jualan terbaik. Ia juga akan membantu pelaksanaan peranan SC untuk mempromosi dan menggalakkan kelakuan yang baik di kalangan ahli-ahli industri dan juga untuk menyekat amalan-amalan haram, mengaibkan dan tidak wajar.