SIDC anjur Seminar Sabtu mengenai Dagangan di BSKL

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2001

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) akan menganjurkan satu seminar mengenai dagangan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 25 Ogos 2001. Seminar bertajuk "Understand Trading on the KLSE", merupakan sebahagian daripada siri Seminar Sabtu SIDC. Seminar setengah hari tersebut akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Bahagian Dagangan K&N Kenanga Berhad, Encik Clement Almaide, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai industri sekuriti Malaysia khususnya dalam dagangan ekuiti, akan mengendalikan seminar tersebut. Seminar itu bertujuan memberikan para peserta kefahaman asas berkenaan:

  • Undang-undang dan peraturan dagangan BSKL;
  • Jenis ekuiti yang berbeza dan mekanisme dagangan;
  • Kesan pengumuman korporat mengenai dividen, terbitan bonus dan terbitan hak, dan
  • Cabaran-cabaran yang mendatang.

Seminar itu akan memberikan manfaat kepada para pelabur umum dan ahli akademik, para pelajar dan calon-calon yang membuat persediaan bagi peperiksaan Wakil Peniaga Pelatih.

Seminar setengah hari ini memberikan 5 mata CPE yang boleh dikumpul oleh wakil peniaga bagi pembaharuan lesen pada tahun hadapan. CPE ialah program Pendidikan Profesional Berterusan SIDC yang diperkenalkan pada Januari 2001 untuk mempertingkatkan kecekapan wakil berlesen dan dalam jangka panjang, mewujudkan satu budaya pendidikan dan pembangunan diri berterusan di kalangan mereka. Mata yang dikumpulkan dengan menghadiri kursus-kursus CPE akan menjadi satu syarat bagi pembaharuan lesen wakil-wakil peniaga mulai Julai 2002 dan seterusnya akan merangkumi semua kategori lesen yang lain.

Yuran pendaftaran bagi seminar tersebut ialah RM150 tiap seorang. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi Rosma Abd Azid di talian 03-6204 8590, no. faks : 03-6201 5811 atau e-mel [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup