SIDC Anjur Seminar Sabtu mengenai Hak dan Tanggungjawab Pelabur

Kuala Lumpur, 19 Mac 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) akan menganjurkan satu seminar pada 23 Mac 2002 bertajuk "Investors' Rights and Responsibilities in the Malaysian Capital Market". Seminar tersebut merupakan sebahagian daripada siri Seminar Sabtu SIDC dan akan diadakan di Hotel Shangri-La, Pulau Pinang.

Seminar ini bertujuan mendidik pelabur mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pelanggan sesebuah syarikat broker saham, serta pemegang saham syarikat awam tersenarai.

Seminar itu memberikan peserta kefahaman yang lebih mengenai undang-undang dan peraturan yang mentadbir industri sekuriti, hak pemegang saham dan tanggungjawab pemegang saham untuk menggalakkan tadbir urus korporat dalam syarikat yang mereka labur.

Seminar tersebut akan dikendalikan oleh Bobby Chew dan Rabindran Thaver, Pengurus dari Jabatan Hal Ehwal Perundangan TA Securities Berhad.

Seminar Sabtu ini terbuka kepada orang ramai. Para profesional pasaran modal, ahli akademik, pelajar universiti, pelabur dan wakil-wakil peniaga adalah digalakkan untuk menghadiri seminar tersebut.

Seminar ini memberikan 10 mata CPE, yang boleh dikumpulkan oleh wakil peniaga bagi pembaharuan lesen tahun ini. CPE ialah program Pendidikan Profesional Berterusan SIDC yang diperkenalkan pada Januari 2001 untuk mempertingkatkan kecekapan wakil berlesen dan dalam jangka panjang, mewujudkan satu budaya pendidikan dan pembangunan diri yang berterusan di kalangan mereka. Mata yang dikumpulkan dengan menghadiri kursus-kursus CPE akan menjadi satu syarat bagi pembaharuan lesen wakil-wakil peniaga mulai Julai 2002 dan seterusnya akan merangkumi semua kategori lesen yang lain.

Yuran pendaftaran seminar ialah RM180. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Cik Marsha Beh di talian: (03)-6204 8689, faks: (03)-62015811 atau e-mel : [email protected]. Maklumat lanjut mengenai seminar tersebut boleh didapati di sini.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup