SIDC Anjur Siri Bengkel mengenai Pasaran Ekuiti

Kuala Lumpur, 8 Mac 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti akan menganjurkan satu bengkel tiga hari mengenai pasaran ekuiti bermula 12 - 14 Mac 2002 di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada Siri Bengkel Pasaran Modal SIDC yang bertujuan memberikan para pelabur pemahaman asas kepada pasaran modal Malaysia. Selain daripada pelabur awam, bengkel tersebut juga berguna kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan Wakil Pelatih Peniaga.

Bengkel tersebut akan dikendalikan oleh penyampai berpengalaman yang akan menyampaikan pelbagai tajuk yang meluas. Antara lain, pengenalan kepada struktur pengawalseliaan yang mentadbir pasaran ekuiti serta tinjauan pelbagai kesalahan sekuriti.

Para peserta juga akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek mengenai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) seperti keperluan penyenaraian, sistem penjelasan dan penyelesaian serta operasi dagangannya.

Terdapat juga sesi mengenai asas-asas analisis penyata kewangan dan teori penilaian aset.

Satu bengkel yang sama akan dianjurkan pada Ogos 2002. Yuran pendaftaran bagi bengkel tiga hari itu ialah RM400. Mereka yang berminat boleh menghubungi En. Noor Hadi Ali di talian (03)-62048660, faks: (03)-62018008 atau e-mel di [email protected]. Maklumat lanjut boleh didapati di www.sc.com.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup