SIDC Lancar Edisi Semakan Modul 6 & 7

Kuala Lumpur, 4 Disember 2000

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan penerbitan edisi semakan Modul 6 dan Modul 7 bagi Panduan Belajar Peperiksaan Pelesenannya.

Perubahan pantas dalam pasaran modal, terutamanya dalam bidang pengawalseliaan sekuriti memerlukan SIDC menyemak semula panduan belajarnya bagi mengikuti arah aliran semasa dan memastikan kaitan bahan subjek dengan keperluan industri. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pakar industri dan pengawal selia telah menyemak semula modul semakan tersebut, yang kini menyediakan lebih maklumat dan liputan yang lebih luas bagi subjek-subjek tersebut.

Edisi semakan Modul 6: Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti telah dikemas kini untuk merangkumi perubahan terkini dalam rangka kerja pengawalseliaan dan undang-undang sekuriti, sehingga Jun 2000. Calon-calon masih perlu terus mengemaskinikan pengetahuan mereka mengenai perubahan yang berlaku selepas tempoh tersebut.

Sementara subjek keseluruhan Modul 6 kekal sama, beberapa topik telah disatukan dan modul tersebut kini mengandungi 12 topik seperti berikut:

  1. Gambaran keseluruhan Pasaran Saham Malaysia
  2. Pengawalseliaan Industri Sekuriti
  3. Struktur Perniagaan
  4. Penjanaan Modal di Pasaran Utama
  5. Dagangan di Pasaran Sekunder
  6. Penjelasan, Penghantaran, Penyelesaian dan Tindakan Korporat
  7. Undang-undang Kontrak
  8. Perhubungan Di antara Syarikat Broker Saham dan Pelanggan
  9. Kenyataan Salah yang Cuai
  10. Pelesenan
  11. Kesalahan Sekuriti
  12. Pengambilalihan

Edisi semakan Modul 7: Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset menyediakan maklumat yang lebih terperinci dan menyeluruh daripada edisi sebelum ini. Terdapat juga ilustrasi dan contoh tambahan bagi membantu calon-calon untuk lebih memahami subjek berkenaan. Bahan-bahan rujukan tersebut telah diolah semula dan kini terkandung dalam satu seksyen dan bukan lagi dua seksyen sebagaimana dalam edisi asal. Modul tersebut mengandungi lima topik utama:

  1. Kepentingan Analisis Penyata Kewangan
  2. Unsur-unsur Penyata Kewangan
  3. Analisis Penyata Kewangan
  4. Pasaran Wang dan Pendapatan Tetap
  5. Pasaran Ekuiti

Modul semakan 6 dan 7 boleh didapati di Perkhidmatan Korporat SIDC, Suruhanjaya Sekuriti dengan harga RM80 setiap satu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perkhidmatan Korporat melalui tel: 6204 8000.

Modul 6 dan 7 adalah bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan Wakil Peniaga. Modul-modul ini adalah sebahagian daripada 10 modul dalam siri Panduan Belajar Peperiksaan Pelesenan SIDC yang telah dibentuk bagi membantu calon-calon dalam persediaan mereka bagi pelbagai peperiksaan pelesenan di bawah kawal seliaan SC. Selain daripada kumpulan sasaran langsung - calon-calon peperiksaan, wakil-wakil peniaga dan remisier - ahli-ahli akademik, pelabur dan mereka yang berminat untuk mengetahui pasaran sekuriti Malaysia juga akan mendapati panduan belajar ini sangat berguna.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup