SIDC Lancar Tapak Web Pendidikan di www.min.com.my

Kuala Lumpur, 18 Februari 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti (SC), hari ini melancarkan tapak web Pelabur Malaysia (MIN) (www.min.com.my) untuk mendidik para pelabur mengenai pasaran modal dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Tapak web tersebut merangkumi asas-asas pelaburan, jenis-jenis instrumen pelaburan serta langkah perlindungan pelabur.

Pengerusi SC, Datuk Ali Abdul Kadir berkata bahawa adalah penting bagi pelabur untuk mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai pasaran modal, bukan sahaja untuk meraih manfaat daripada pasaran, tetapi yang lebih penting, melindungi diri mereka sendiri.

"Ini ialah zaman pelabur yang bermaklumat. Pendidikan merupakan langkah pertama dan penting dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak," kata Datuk Ali.

Tapak web MIN disediakan bagi mereka daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur, yang ingin mempelajari pasaran modal.

"Muda atau tua, suri rumah atau pelajar, profesional muda atau pesara … tapak web ini bermanfaat bagi semua yang ingin belajar dan memahami selok-belok pasaran modal.

"Sehinggakan pelajar sekolah, yang kebanyakannya sekarang merupakan pelayar Internet, boleh diperkenalkan kepada tapak ini untuk memberikan mereka satu permulaan dalam memahami faedah melabur dalam pasaran modal," kata Datuk Ali.

Tapak web ini juga mempunyai tapak Bahasa Malaysia, Pelabur Malaysia - mungkin yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Tapak web Pelabur Malaysia juga mempunyai seksyen Peringatan Pelabur yang dikemas kini setiap bulan dengan artikel menarik. Sebagai contoh, artikel pertama menceritakan bagaimana orang yang tidak menjangka akan ditipu telah ditipu oleh syarikat komoditi lani palsu.
Sorotan lain tapak web tersebut termasuk kuiz yang menarik, surat berita elektronik, serta seksyen khusus bagi remaja yang dipanggil Pelabur Remaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai tapak web baru ini, layari www.min.com.my

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup