SIDC memperkenalkan modul peperiksaan baru sejajar dengan penubuhan MDEX

Kuala Lumpur, 12 Julai 2001

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), yang merupakan bahagian pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti (SC), hari ini memperkenalkan modul peperiksaan baru bagi peperiksaan Wakil Berdaftar Niaga Hadapan dan Opsyen Malaysia (MFORR).

Modul peperiksaan baru ini, juga dikenali sebagai Modul 13, diperkenalkan sempena penubuhan Bursa Derivatif Malaysia (MDEX) ekoran penggabungan di antara Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Malaysia (KLOFFE) dan Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX).

Modul 13, yang merangkumi Peraturan Perniagaan MDEX, akan menggantikan Modul 4 sekarang (Peraturan Perniagaan KLOFFE) dan Modul 5 (Peraturan Perniagaan COMMEX).

Peperiksaan pertama bagi modul 13 akan dijalankan pada 22 Ogos 2001. Peperiksaan tersebut akan mengandungi perubahan terbaru dalam rangka kerja pengawalseliaan dan peraturan perniagaan pasaran niaga hadapan dan opsyen. Satu panduan pelajaran akan diedarkan kepada calon-calon peperiksaan. Calon-calon digalakkan untuk mengkaji Peraturan Perniagaan MDEX sebagai persediaan untuk peperiksaan perlesenan Modul 13.

Individu-individu yang lulus kesemua peperiksaan MFORR, termasuk Modul 4 dan/atau 5 atau mereka yang tidak menamatkan semua peperiksaan MFORR tetapi lulus Modul 4 dan/atau 5 akan dikecualikan daripada mengambil Modul 13 dengan syarat mereka menghadiri Program Pembiasaan Peraturan Perniagaan yang dikendalikan oleh MDEX.

Program Pembiasaan tersebut berlangsung buat masa ini di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan akan dijalankan sehingga 4 Ogos 2001. Mereka yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Program Pembiasaan ini harus menghubungi MDEX di 03-230 8199.

Bagi maklumat lanjut atas Modul 13, sila hubungi Unit Perkhidmatan Korporat SIDC di 03-6024 8000. Peraturan Perniagaan MDEX juga boleh didapati di Perkhidmatan Korporat pada harga RM40 setiap satu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup