SIDC memulakan seminar setengah hari mengenai Apa Para Pelabur Patut Tahu

Kuala Lumpur, 27 April 2000

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) memulakan seminar bagi pelabur-pelabur runcit pada Sabtu ini, 29 April. Siri seminar setengah hari tersebut, yang dikenali sebagai SSS atau Seminar Sabtu SIDC, ditujukan kepada mereka yang ingin mendapatkan panduan dan kefahaman asas mengenai dunia pasaran modal atau hanya untuk mengulang kaji dan mengemas kini pengetahuan mereka.

Seminar pada hari Sabtu ini bertajuk "Apa Para Pelabur Patut Tahu" (Bahagian Satu) akan merangkumi tajuk-tajuk "Hak-hak dan Tanggungjawab Pemegang Saham dalam Mesyuarat Agong" dan "Membangkitkan Soalan Kewangan di Mesyuarat Agong Tahunan". Seminar seterusnya akan diadakan pada 13 Mei dan akan merangkumi tajuk "Sektor Teknologi Malaysia dan Demonstrasi Praktikal Kaedah Penilaian".

Pada seminar kedua tersebut, di samping memahami arah aliran global saham-saham "teknologi" dan apa yang hendak diperhatikan, para pelabur juga akan mengetahui bagaimana untuk membaca maklumat kewangan dalam prospektus, laporan tahunan dan laporan penyelidikan broker, serta bagaimana untuk menggunakan kaedah penilaian.

Kedua-dua seminar tersebut akan diadakan di Auditorium bangunan Suruhanjaya Sekuriti di Bukit Kiara. Pendaftaran adalah sebanyak RM50 untuk setiap seminar. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Cik Sharizan di no. tel: 654 8598.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup