Siri buku SC mengenai pasaran modal Islam disasarkan kepada siswazah
4 Ogos 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan satu siri buku mengenai pasaran modal Islam yang akan membentuk modul asas bagi Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal (ICMGTS), yang merupakan program latihan SC bagi siswazah yang mengingini kerjaya dalam industri pasaran modal Islam yang semakin berkembang pesat (ICM).

Ditulis oleh pakar-pakar dan cendekiawan industri, siri buku ini bermatlamat bagi menyediakan pemahaman konsep asas, ciri-ciri dan falsafah kewangan Islam. Siri buku ini juga mengupas isu-isu pengawalseliaan, kerangka kerja perundangan dan perakaunan kewangan Islam serta asas dan prinsip-prinsip pentadbiran undang-undang komersil Islam (Fiqh al-muamalat). Siri ini juga membincangkan mengenai ciri-ciri dan struktur tersendiri ekuiti dan Sukuk Islam.

Siri buku tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar pada Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 30 Julai 2009.

“Siri buku ini merupakan contoh pemimpin industri, ahli akademik dan pengawal selia menghimpunkan sumber mereka bagi membantu membina ilmu pengetahuan dalam bidang pasaran modal Islam,” katanya. “Ini akan membantu memastikan bakat yang layak dan berkemahiran kekal berterusan bagi membantu meningkatkan pertumbuhan dalam ICM,” Tan Sri Zarinah berkata.

Mengandungi enam tajuk, siri ini juga berguna sebagai bahan rujukan untuk peserta pasaran modal. Siri ini turut menyediakan wawasan mengenai prinsip-prinsip ICM bagi siswazah universiti (terutama yang mengambil Syariah sebagai bidang utama) dan mereka yang ingin menjadi penggiat pasaran modal.

Pada awal bulan ini, SC melancarkan Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS) yang julung kali diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang meluas bagi memperluas himpunan bakat dalam ICM dan menyediakan latihan sambil bekerja kepada siswazah sektor kewangan secara umumnya.

Bawah Pakej Rangsangan Kedua yang diumumkan oleh kerajaan pada bulan Mac, SC akan menyediakan latihan untuk 500 siswazah bagi dua tahun akan datang melalui satu skim yang dibentuk khusus bagi meningkatkan kelayakan mereka diambil bekerja dan mobiliti kerjaya mereka dalam pasaran modal.

Siswazah seramai 500 orang ini termasuklah 200 yang menyertai ICMGTS.

Kumpulan pertama 37 pelatih ICMGTS telah memulakan latihan dalam kelas selama lapan minggu di SC. Ini akan diikuti oleh latihan bekerja selama 11 bulan di pelbagai syarikat yang berkaitan dengan pasaran modal Islam sebelum mendapat pekerjaan. Pengambilan kedua ICMGTS akan diadakan pada bulan Disember 2009.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup