Siri Soal Jawab Mengenai Pindaan Terhadap Undang-undang Sekuriti

Kuala Lumpur, 17 November 1998

Pindaan baru-baru ini terhadap Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) mewajibkan semua pelabur untuk mendepositkan sijil saham mereka dengan Depositori Pusat Malaysia (MCD) menjelang 1 Disember 1998. Mereka yang memegang 2 peratus atau lebih saham hak mengundi dalam sesebuah syarikat juga kini perlu mengisytiharkan kepentingan mereka, berikutan pindaan kepada Peraturan-peraturan Perindustrian Sekuriti (Laporan Pemegangan Saham yang Substansial) 1998.

A. Deposit Mandatori Sijil Saham
1) S: Bagaimanakah cara untuk saya membuka akaun dengan Malaysian Central Depository Sdn Bhd?
J: Cara yang paling mudah ialah dengan berjumpa broker anda yang terdekat. Akaun sistem depositori pusat (CDS) boleh dibuka oleh seorang pemilik berhak (yang mempunyai kuasa mutlak terhadap saham itu) atau penama bertauliah (seperti sebuah syarikat broker saham atau penama bertauliah yang dicadangkan oleh broker). Bagaimanapun, sekiranya akaun CDS itu dibuka atas nama seorang penama bertauliah, akaun itu harus mencerminkan nama pemilik berhak berkenaan.
2) S: Bilakah tarikh akhir bagi saya untuk mendepositkan saham saya ke dalam depositori pusat?
J: Tidak lewat daripada pukul 12 tengah hari pada 1 Disember 1998.
3) S: Adakah perlu bagi saya mendepositkan saham pinjaman, waran dan hak langganan boleh pindah (TSR) saya?
J: Semua sekuriti harus didepositkan ke dalam depositori pusat termasuk saham, debentur, TSR, waran dan saham pinjaman. Bagaimanapun, surat peruntukan pembahagian (PAL) yang mempunyai tempoh luput kurang daripada sebulan tidak perlu didepositkan ke dalam depositori pusat. Pada masa yang sama, TSR, saham pinjaman boleh tukar dan waran yang akan tamat tempoh pada atau sebelum 1 Disember 1998 tidak perlu didepositkan.
4) S: Bilakah tarikh akhir bagi saya untuk membuka akaun CDS di atas nama pemilik berhak atau penama bertauliah?
J: Tarikh akhir ialah 1 Disember 1998. Selepas tarikh tersebut, sesiapa yang mengendalikan akaun yang tidak terletak di bawah nama pemilik berhak atau penama bertauliah akan menghadapi risiko sahamnya dipindahkan kepada Menteri Kewangan.
5) S: Apa akan berlaku jika saya tidak mendepositkan saham saya menjelang tarikh akhir 1 Disember 1998 itu?
J: Pendaftar saham mempunyai kewajipan undang-undang untuk memindahkan semua baki saham yang tidak didepositkan ke dalam akaun CDS di atas nama Menteri Kewangan.
6) S: Apa yang akan berlaku kepada saham saya selepas itu?
J: Anda diberi tempoh selama enam bulan untuk mengemukakan rayuan kepada Suruhanjaya Sekuriti dengan menyatakan sebab-sebab kegagalan atau kelewatan dalam mendepositkan saham anda. Sekiranya Suruhanjaya berpuashati dengan alasan yang diberikan, saham tersebut mungkin dipindahkan semula ke dalam akaun CDS anda. Sekiranya tidak ada rayuan dibuat dalam tempoh enam bulan, Menteri Kewangan boleh menjual saham tersebut dan hasil kutipan daripada penjualan itu boleh dianggap sebagai wang yang tidak dituntut.
7) S: Bagaimana cara bagi saya untuk membuat rayuan kerana gagal mendepositkan saham saya?
J: SC akan menerbitkan butiran prosedur itu pada minggu depan untuk memaklumkan kepada orang ramai berhubung bagaimana untuk membuat rayuan menurut undang-undang. Pegawai yang harus dihubungi dan nombor telefon akan juga disertakan.
B. Berurusan dengan Keadaan Tertentu
1) S: Bagaimana caranya bagi saya untuk mendepositkan saham orang yang telah mati sekiranya sijil pengesahan wasiat belum dikeluarkan?
J: Jika satu permohonan untuk mendapatkan sijil pengesahan wasiat atau surat pelaksanaan telah dibuat tetapi tidak dikeluarkan sebelum 1 Disember 1998, saham itu tidak perlu didepositkan menjelang 1 Disember sekiranya pendaftar saham telah diberikan perkara-perkara berikut:
      • salinan sijil mati;
      • salinan surat petisyen (dicap jika boleh); dan
      • surat akujanji daripada peguam cara atau pemohon yang merekodkan bahawa mereka akan mengemaskinikan dengan pendaftar saham berhubung status prosiding tersebut.
Jika tidak ada permohonan bagi mendapatkan sijil pengesahan wasiat atau surat pelaksanaan dibuat sebelum 1 Disember 1998, saham itu akan dipindahkan sewajarnya kepada Menteri Kewangan. Bagaimanapun, sesiapa yang mendapati sekuriti mereka telah dipindahkan kepada Menteri Kewangan boleh mengemukakan rayuan kepada Suruhanjaya bermula pada 12.30 tengah hari pada 1 Disember 1998 hingga 5.00 petang pada 1 Jun 1999.
2) S: Apa akan berlaku jika sijil saham saya atau borang pemindahan itu hilang?
J: Sijil gantian harus diperolehi daripada pendaftar saham. Sekiranya sijil gantian diperolehi sebelum 1 Disember 1998, pemilik yang berdaftar itu boleh mendepositkan saham itu ke dalam depositori pusat. Jika sijil gantian dikeluarkan selepas 1 Disember 1998, saham itu akan dipindahkan kepada Menteri Kewangan. Bagaimanapun, pemilik berhak boleh memohon kepada SC di antara tempoh bermula 12.30 tengah hari pada 1 Disember 1998 hingga 5.00 petang pada 1 Jun 1999 agar saham-saham itu dipindahkan kepada pemilik berhak sekiranya satu sijil gantian dikeluarkan semasa tempoh yang sama oleh pendaftar saham.
3) S: Perlukah saya mendepositkan saham moratorium?
J: Ya, saham moratorium harus didepositkan di atas nama pemegang yang didaftarkan dan saham seperti itu kemudian akan digantung daripada diurusniagakan atau dipindahkan.
4) S: Bagaimana dengan saham moratorium yang telah dipajak kepada pihak ketiga?
J: Jika seseorang selain daripada pemegang berdaftar saham moratorium itu memohon untuk mendepositkan saham moratorium, orang itu boleh melakukannya jika mereka memberikan surat akujanji kepada MCD yang menyatakan bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam pemilikan berhak bagi saham itu semasa tempoh moratorium dan tidak akan berlaku sebarang penjualan, pemindahan atau penyerahan saham moratorium itu oleh orang terbabit tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Suruhanjaya.
5) S: Apa akan berlaku kepada saham yang telah dipajak kepada penama tidak bertauliah?
J: Mereka diberi tempoh satu bulan daripada 1 November 1998 untuk memindahkan saham itu kepada pemilik berhak atau penama bertauliah seperti yang ditetapkan dalam peraturan MCD.
C. Pemindahan dan Pengeluaran
1) S: Bolehkah saya mengeluarkan saham saya daripada akaun CDS saya?
J: Pengeluaran saham ke dalam bentuk sijil adalah dilarang, kecuali dalam keadaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Malaysian Central Depository Sdn Bhd. Beberapa contoh di mana pengeluaran dibenarkan termasuk di mana ia perlu untuk memudahkan pembelian balik saham, penukaran sekuriti hutang ke dalam bentuk saham dan bagi tujuan penyusunan semula syarikat.
2) S: Apakah sekatan terhadap pemindahan saham daripada satu akaun CDS kepada akaun CDS yang lain?
J: Pemindahan daripada satu akaun CDS kepada akaun CDS yang lain di dalam depositori pusat pada masa ini terhad kepada keadaan tertentu seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan Malaysian Central Depository Sdn Bhd. Keadaan-keadaan yang diberikan adalah seperti berikut:
  • Pelaksanaan penghantaran dan pemindahan sekuriti terhadap peruntukan sebarang undang-undang yang bertulis atau satu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten.
    • Kematian pendeposit individu;
    • Kebankrapan pendeposit individu;
    • Penutupan pendeposit korporat;
    • Pemindahan sekuriti ke/daripada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan, Akauntan Negara, Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut, atau agensi-agensi yang sedemikian seperti yang telah diluluskan sebagai penama bertauliah dari semasa ke semasa; dan
    • Sebarang keadaan lain yang berbangkit daripada peruntukan sebarang undang-undang yang bertulis atau undang-undang mahkamah.
  • Pembetulan kesilapan.
    • Ia hanya berkaitan kepada pembetulan kesilapan yang dibuat oleh Penerbit berhubung kepada tawaran awam permulaan dan pelaksanaan korporat, sebagai contoh, Terbitan Bonus, Terbitan Hak dan Penukaran Waran. Bentuk kesilapan yang lain mungkin dipertimbangkan oleh MCD berdasarkan kes.
  • Pemindahan sekuriti yang berbangkit daripada gadai janji, bayaran atau akuan.
Sebab yang diluluskan ini hanya berkaitan kepada sekuriti yang digadai janji, dibayar atau diberikan akuan kepada -
    • Sebuah institusi berlesen yang ditakrif dalam Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang berbangkit daripada kemudahan kredit yang diberikan oleh institusi berlesen;
    • Pemegang lesen peniaga mengikut Seksyen 12(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983; dan
    • Sebuah institusi kewangan pembangunan yang merupakan sebuah institusi berjadual di bawah BAFIA yang berkaitan dengan pemberian kredit oleh institusi sedemikian.
  • Pelaksanaan tawaran awam kepada Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987 atau perolehan sekuriti dengan cara pertukaran saham.
  • Pemindahan sekuriti ke dalam akaun sekuriti anggota keluarga.
Sebab yang diluluskan itu hanya berkaitan kepada pemindahan di antara akaun sekuriti individu, di mana pemindahan dan penerima deposit adalah di antara satu daripada pertalian yang berikut:
  • Pemindahan sekuriti ke dalam atau daripada akaun sekuriti rumah penjelasan yang berhubung dengan urusniaga perniagaan penjelasan terus.
  • Pemindahan sekuriti ke dalam atau daripada sebuah akaun sekuriti Utama bagi sebuah Syarikat Broker Saham daripada atau kepada sebuah akaun sekuriti pendeposit bagi penjelasan satu urusniaga yang dijalankan di pasaran saham.
    • Sebab yang diluluskan itu merujuk kepada -
- Pemindahan sekuriti ke dalam satu akaun sekuriti Utama bagi sebuah Syarikat Broker Saham untuk penjelasan urusniaga yang dijalankan di sebuah pasaran saham daripada sebuah akaun sekuriti pendeposit; atau
- Pemindahan sekuriti daripada satu akaun sekuriti Utama bagi sebuah Syarikat Broker Saham kepada sebuah akaun sekuriti pendeposit penting untuk penjelasan urusniaga yang dijalankan di pasaran saham.
  • Pemindahan sekuriti ke dalam atau daripada sebuah akaun sekuriti penama bertauliah yang memegang sekuriti bagi satu skim pelaburan kolektif atau dana yang diluluskan.
  • Sebab yang diluluskan itu adalah untuk memudahkan pemindahan sekuriti ke dalam/daripada akaun sekuriti penama bertauliah yang memegang sekuriti bagi satu skim pelaburan kolektif (yang diluluskan oleh MOF/SC) yang berbangkit daripada satu urusniaga:
Contoh
pengurus kumpulan wang terkecuali, pemegang amanah atau perbadanan amanah yang memegang sekuriti bagi sebuah unit amanah
Pemegang amanah atau perbadanan amanah yang memegang sekuriti bagi dana tertutup
Pengurus kumpulan wang yang berlesen, pemegang amanah atau perbadanan amanah yang memegang sekuriti bagi sebuah dana yang diluluskan

  • Pemindahan antara akaun.
    • Sebab yang diluluskan itu merujuk kepada pemindahan sekuriti di antara akaun sekuriti yang dipegang oleh pemilik berhak yang sama, sama ada secara individu atau badan korporat (tidak termasuk penama bertauliah). Pemilik berhak didefinisikan seperti berikut di dalam SICDA:
    • "pemilik berhak", yang berhubung dengan sekuriti yang didepositkan membawa maksud pemilik mutlak sekuriti yang didepositkan, yang merupakan orang yang berhak kepada semua hak, faedah, kuasa dan keistimewaan dan tertakluk kepada semua liabiliti, tugas dan kewajipan berhubung kepada, dan tidak termasuk mana-mana penama.
  • Pemindahan sekuriti di antara akaun sekuriti bagi pemilik berhak yang sama.
Sebab yang diluluskan ini hanya berkaitan kepada pemindahan sekuriti di antara:Akaun penama yang dipegang oleh penama bertauliah yang sama atau berlainan bagi pemilik berhak yang sama; atau
  1. Akaun penama yang dipegang oleh penama bertauliah yang sama atau berlainan bagi pemilik berhak yang sama; atau
  2. Akaun sekuriti individu atau korporat yang dipegang secara terus oleh seorang pemilik berhak dan satu akaun penama yang dipegang oleh penama bertauliah bagi pemilik berhak yang sama

D.Peraturan-peraturan Pemegangan Saham yang Substansial
1) S: Apakah perubahan besar di dalam Peraturan ini?
    • Sebelum 1 November 1998, seseorang yang memegang lebih daripda 5 peratus agregat saham mengundi dalam sebuah syarikat dianggap sebagai pemegang saham yang substansial di dalam syarikat itu dan perlu melaporkan maklumat itu kepada SC. Bagaimanapun, dengan pindaan baru-baru ini, sesiapa yang memegang lebih daripada 2 peratus agregat saham mengundi dalam sebuah syarkat kini dianggap sebagai pemegang saham yang substansial.
    • Pindaan baru-baru ini juga memerlukan seorang pemegang saham yang substansial melaporkan mengenai sebarang perolehan, perubahan atau penyerahan pemegangan saham yang substansial kepada SC dalam tempoh 7 hari daripada tarikh peristiwa itu berlaku berbanding 14 hari seperti yang disyaratkan sebelum 1 November 1998.
2) S: Sekiranya saya seorang pemegang saham yang substansial bagi pihak orang lain, adakah perlu saya mendedahkan sebagai seorang pemegang saham yang substansial?
    • Ya, sesiapa yang memegang saham sebagai pemegang amanah asas dianggap sebagai pemegang saham yang substansial di bawah Peraturan yang dipinda itu.
    • Pemegang amanah asas berkewajipan untuk membuat penzahiran di mana agregat pemegangan saham yang dipegang oleh pemegang amanah asas itu adalah berlebihan 2 peratus daripada agregat pemegangan saham dalam syarikat.
    • Pemegang amanah asas itu perlu untuk menandakan dalam borang yang berkaitan bahawa mereka memegang saham sebagai penama atau pemegang amanah asas.
    • Pemegang amanah asas juga perlu untuk menzahirkan kesemua keterangan mengenai pemilik berhak yang mana mereka memegang saham itu sebagai penama.
3) S: Apa akan berlaku sekiranya syarikat penama yang memegang saham saya telah menzahirkan pemegangan saham saya yang substansial kepada SC? Adakah saya masih perlu untuk membuat penzahiran?
Ya, kewajipan untuk membuat laporan disyaratkan bagi kedua-dua pemilik berhak dan pemegang amanah asas.
4) S: Sekiranya saya merupakan seorang pemegang saham yang substansial di bawah peraturan sebelum ini, iaitu pemegangan saham saya adalah dan masih 5 peratus atau lebih daripada jumlah saham mengundi syarikat itu, adakah saya perlu menzahirkannya di bawah peraturan baru ini?
Tidak, melainkan terdapat sebarang perubahan kepada pemilikan saham anda.
5) S: Kepada siapa perlu saya alamatkan borang penzahiran itu?
J: Pengarah,
Bahagian Terbitan Sekuriti & Pelaburan,
Suruhanjaya Sekuriti,
No. 3, Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Kiara,
50490 Kuala Lumpur.
Fax: 03-253 2976

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel. 250 7513 (Ann Teoh) atau 250 7550 (Nafizah Omar), atau faks 253 6184.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup