Skim Sukuk SRI dan Geran Bon untuk galakkan pengumpulan dana pasaran modal bagi pembangunan mampan
21 Januari 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperluas Skim Geran Sukuk Hijau SRI untuk menggalakkan lebih banyak syarikat membiayai projek hijau, sosial dan kemampanan melalui sukuk SRI dan penerbitan bon.

Dengan pengembangan ini, geran itu kini dinamakan semula sebagai Sukuk SRI dan Skim Geran Bon dan boleh diguna pakai untuk semua sukuk yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) SC atau bon yang diterbitkan di bawah Piawaian Bon Hijau, Sosial dan Kemampanan ASEAN (Piawaian ASEAN).

Dengan saiz berjumlah RM6 juta, Skim Geran Sukuk Hijau SRI diwujudkan pada 2018 untuk membantu penerbit dengan menanggung sehingga 90% daripada kos semakan luar bagi sukuk SRI hijau. Setakat ini, ia telah memberi manfaat kepada lapan penerbit yang terlibat dalam projek tenaga boleh diperbaharui, bangunan hijau dan projek kemampanan.

“Sebagai peneraju serantau dalam pelaburan mampan dan bertanggungjawab, pasaran modal Malaysia menawarkan akses pembiayaan projek mampan yang efisien dan dipercayai kepada syarikat yang boleh memberikan sumbangan positif terhadap persekitaran dan masyarakat, sejajar dengan komitmen negara terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan agenda perubahan iklim” kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.

Diiktiraf sebagai perintis dalam kewangan Islam dan baru-baru ini bagi penawaran sukuk mesra iklim, Malaysia merangkumi 19% daripada sukuk dan bon yang diterbitkan di bawah Piawaian ASEAN. Pada Disember 2020, RM5.4 bilion sukuk SRI telah diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk SRI, di mana 58% atau RM3.1 bilion juga telah diiktiraf di bawah Piawaian ASEAN, dan RM635 juta bon lagi diterbitkan di bawah Piawaian ASEAN. Ini menunjukkan terdapat permintaan terhadap kelas aset yang memenuhi kriteria Syariah serta pelaburan mampan dan bertanggungjawab.

Sukuk SRI dan Skim Geran Bon kini dibuka untuk permohonan di mana penerbit yang layak boleh memohon geran tersebut untuk mengimbangi sehingga 90% daripada kos semakan luar yang ditanggung, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM300,000 bagi setiap penerbitan. Sukuk SRI dan Skim Geran Bon ditadbir oleh Capital Markets Malaysia, sebuah badan gabungan SC.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, pengecualian cukai pendapatan diberikan kepada penerima Skim Sukuk SRI dan Geran Bon bagi tempoh lima tahun sehingga 2025.

Penerbit digalakkan untuk mengemukakan permohonan Skim Sukuk SRI dan Geran Bon, yang bertujuan untuk mengurangkan kos penerbitan dan menggalakkan penerbitan sukuk dan bon SRI secara berterusan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab serantau kewangan mampan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Skim Sukuk SRI dan Geran Bon, layari www.sc.com.my/development/sri.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup