Suruhanjaya Eropah Iktiraf Keperluan Lembaga Pemantauan Audit SC
4 Ogos 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Eropah telah mengiktiraf keperluan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) sebagai setanding dengan keperluan yang dipatuhi oleh rakan-rakan sejawatnya di Kesatuan Eropah bagi tujuan pemindahan kertas kerja audit dan dokumen lain yang berkaitan dengan pemeriksaan dan penyiasatan. Ini akan memudahcarakan kerjasama yang berkesan dan pergantungan bersama terhadap sistem pemantauan masing-masing.

Pengiktirafan ini mengukuhkan perakuan Suruhanjaya Eropah yang terdahulu bahawa rangka kerja pemantauan audit di Malaysia adalah setara dengan amalan terbaik antarabangsa, yang mana peraturan yang berkaitan dengan pemantauan awam, jaminan kualiti, penyiasatan dan sistem penalti bagi juruaudit dan audit adalah sama seperti peraturan rakan-rakan sejawatnya di Eropah.

Dengan pengiktirafan ini, AOB kini boleh mewujudkan perjanjian dua hala dengan pihak-pihak berkuasa pemantauan audit negara anggota Kesatuan Eropah, mengukuhkan hubungan kerja dan menyumbang kepada visi bersama AOB dan pengawal selia pemantauan audit Kesatuan Eropah untuk meningkatkan kualiti audit.

Penilaian ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Eropah dengan bantuan Badan Pemantauan Kumpulan Juruaudit Eropah.

Ditubuhkan pada 2010 oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, AOB memantau juruaudit entiti kepentingan awam (PIE) dan dana jadual, melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit PIE dan dana jadual.

LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup