Suruhanjaya Eropah Iktiraf Kerangka Pemantauan Audit Malaysia
15 Julai 2013   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Eropah telah mengiktiraf kerangka audit Malaysia sebagai setara dengan amalan terbaik dan antarabangsa, dengan peraturannya mengenai pemantauan awam, jaminan kualiti, siasatan dan sistem penalti bagi juruaudit dan audit adalah setaraf dengan amalan mereka.

Nik Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) berkata, ini merupakan pengiktirafan yang positif bagi badan pemantauan tersebut. “Dengan pengiktirafan itu, firma-firma audit Malaysia boleh memberikan perkhidmatan audit kepada syarikat-syarikat dari EU tanpa peraturan tambahan.”

Dengan penerimaan pengiktirafan tersebut, pengawal selia juruaudit AOB dan EU boleh memuktamadkan perjanjian kerjasama untuk bergantung kepada kerja satu sama lain terhadap pengawasan juruaudit dan firma audit. Pengiktirafan itu memperakui usaha berterusan Malaysia dalam mewajarkan pemantauan audit bebas terhadap entiti kepentingan awam, dan seterusnya membuktikan kerangka pengawalseliaan negara ke atas juruaudit adalah setaraf dengan amalan antarabangsa dan amalan terbaik.

Satu penilaian telah dilakukan oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun lepas dengan bantuan Kumpulan Badan Pemantauan Juruaudit Eropah (EGAOB). Hasil penilaian itu mentauliahkan bahawa Malaysia, bersama-sama sembilan negara lain iaitu Abu Dhabi, Brazil, Dubai, Guernsey, Indonesia, Isle of Man, Jersey, Taiwan dan Thailand, sebagai negara yang memenuhi dan mematuhi piawaian yang sama berkaitan dengan pemantauan awam, jaminan kualiti, penyiasatan dan sistem penalti bagi juruaudit dan entiti audit sebagaimana yang ditetapkan dalam kerangka audit Suruhanjaya Eropah.

AOB telah ditubuhkan pada tahun 2010 bagi memantau juruaudit entiti berkepentingan awam (PIE), melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit PIE.


LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup