Suruhanjaya mengadakan seminar bergerak bagi wakil peniaga mengenai kesan Pelan Induk Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 19 Jun 2001

Suruhanjaya Sekuriti akan mengadakan seminar bergerak di seluruh negara untuk menerangkan kepada wakil peniaga mengenai implikasi Pelan Induk Pasaran Modal dan perubahan dalam persekitaran pasaran modal terhadap kerjaya mereka.

Seminar tersebut akan diadakan di lapan buah negeri dan akan berlanjutan selama lebih empat bulan bermula pada 23 Jun (Sabtu ini) di Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk menerangkan kepada wakil peniaga keperluan untuk meningkatkan daya saingan perkhidmatan yang mereka tawarkan sejajar dengan permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah, perkembangan teknologi dan peningkatan integrasi perkhidmatan kewangan.

"Seminar bergerak ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Suruhanjaya untuk memastikan perantara pasaran bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran landskap pasaran yang berubah-ubah," kata Siow Kim Lun, Pengarah Pengawasan Pasaran Suruhanjaya.

"Ia juga akan bagi membantu mereka dalam membuat peralihan daripada persekitaran operasi mereka yang sedia ada kepada satu persekitaran yang diliberalisasi secara beransur-ansur dan efektif."

Sejajar dengan ini, seminar bergerak tersebut akan merangkumi tajuk-tajuk yang disediakan secara khusus untuk wakil-wakil peniaga, seperti "Pelan Induk Pasaran Modal: Hala Tuju untuk Maju" dan "Cabaran terhadap peranan Wakil Peniaga: Implikasi CMP" serta "Cabaran bagi Industri: Mempertingkatkan Daya Saingan".

Para penceramah yang akan memperbincangkan topik-topik di atas ialah Encik Siow dan ketua Jabatan Pelesenan Suruhanjaya, Dr Mohd Hatta Dagap. Encik Md Nor Ahmad, Timbalan Presiden, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan Dr Chandra Kumar, seorang remisier CIMB Securities akan juga berkongsi pengalaman mereka di seminar tersebut (lihat program yang dilampirkan).

Tarikh dan tempat yang dicadangkan bagi seminar bergerak tersebut adalah seperti berikut:

  • 23 Jun 2001, Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur;
  • 30 Jun 2001, Hotel Renaissance, Melaka;
  • 7 Julai 2001, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu;
  • 8 Julai 2001, Hotel Hilton, Kuching;
  • 21 Julai 2001, Hotel Shangri-La, Pulau Pinang;
  • 18 Ogos 2001, Hotel Syuen, Ipoh;
  • 25 Ogos 2001, Hyatt Regency, Johor Bahru;
  • 22 September, Hotel Renaissance, Kota Bharu; dan
  • 29 September 2001, Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur.

Seminar bergerak ini terbuka kepada wakil-wakil peniaga dan pengarah-pengarah syarikat broker saham secara percuma. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui syarikat broker saham setiap wakil peniaga. Maklumat lanjut mengenai seminar bergerak berkenaan boleh didapati dari jabatan latihan syarikat broker saham masing-masing.

PROGRAMME

Securities Commission Roadshow
on
"The Challenging Role of Dealer's Representatives"


Securities Commission, Kuala Lumpur, 23 June 2001 & 29 September 2001
Renaissance Hotel, Melaka, 30 June 2001
Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, 7 July 2001
Hilton Hotel, Kuching, 8 July 2001
Shangri-La Hotel, Penang, 21 July 2001
Syuen Hotel, Ipoh, 18 August 2001
Hyatt Regency, Johor Bahru, 25 August 2001
Renaissance Hotel, Kota Bharu, 22 September 2001

8.45 a.m. Registration
9.00 a.m. The Capital Market Masterplan: A Road Map for the Way Forward
Siow Kim Lun, Director, Securities Commission
9.40 a.m. The Challenging Role of Dealer's Representatives: Opportunities Engendered by the CMP
Dr Chandra Kumar, Remisier, CIMB Securities Sdn Bhd
10.20 a.m. Refreshment
10.40 a.m. The Licensing Framework: A New Approach for Enhancing Efficiency
Dr Mohd Hatta Dagap, Senior Manager, Securities Commission
11.00 a.m. Challenges of the Industry: Enhancing Competitiveness
Md. Nor Ahmad, Deputy President I, Kuala Lumpur Stock Exchange
11.15 a.m. Question & Answer Session
Chairperson : Siow Kim Lun
Panelists : Hasnah Omar, Acting General Manager, Securities Commission
Teh Ija Mohd Jalil, Manager, Securities Commissionpeakers
All Speakers
12.15 p.m. End

10.00 a.m. to 1.30 p.m. Exhibition

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup