Suruhanjaya Sekuriti akan menjadi tuan rumah pameran Skim Persaraan Swasta
18 Jun 2013   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menganjurkan pameran skim persaraan swasta (PRS) yang akan diadakan di bangunan SC pada hari Sabtu, 29 Jun 2013, di antara jam 9:30 pagi dan 2 petang. Acara ini akan memberikan peluang unik kepada para pelabur untuk menemui semua Penyedia PRS pada satu masa dan memperoleh pemahaman lanjut mengenai jenis-jenis skim yang ditawarkan oleh mereka. Selain pameran, program tersebut juga menampilkan ceramah informatif oleh para penyedia sepanjang acara berlangsung.

PRS adalah skim pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu individu menambah simpanan untuk persaraan. PRS boleh disertai oleh individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dilaburkan untuk persaraan yang selesa serta untuk majikan membuat caruman sukarela bagi pekerja mereka selain caruman wajib KWSP. Pelepasan cukai sehingga RM3,000 disediakan untuk individu yang memilih untuk melabur dalam PRS. Majikan juga layak mendapat potongan cukai ke atas caruman kepada PRS yang dibuat bagi pihak pekerja.

Orang ramai dijemput menghadiri pameran tersebut. Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang SC di www.sc.com.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

 


HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup