Syarikat mesti terus patuh terhadap peraturan pelaporan suku tahunan
14 Julai 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin menjelaskan bahawa, walaupun amalan pelaporan suku tahunan akan dikaji semula sejajar dengan pelbagai cadangan bagi menambah baik penzahiran dan ketelusan bawah Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat 2011 yang baru dilancarkan, peraturan sedia ada supaya syarikat tersenarai membuat laporan secara suku tahunan masih lagi dilaksanakan.

Pelaporan kewangan merupakan alat yang berharga dalam memberikan maklumat kepada pelabur bagi membantu mereka membuat keputusan pelaburan. Oleh sebab terdapat pandangan yang berbeza mengenai kekerapan yang sesuai bagi laporan tersebut, amalan adalah berbeza di antara satu bidang kuasa dengan bidang kuasa yang lain. Oleh itu, ini akan menjadi fokus perbincangan dan proses rundingan mengenai isu berkenaan ekoran daripada pengeluaran Rangka Tindakan tersebut.

Bagaimanapun, walaupun SC merancang untuk membuat kajian semula, SC ingin mengingatkan bahawa syarikat adalah dikehendaki supaya terus mengamalkan standard penzahiran yang tinggi pada setiap masa.

Syarikat mesti memastikan bahawa semua penzahiran kepada orang ramai adalah tepat dan merekodkan fakta yang betul kerana ini merupakan peraturan perundangan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup