Syarikat tersenarai ketidakcukupan modal mesti memaklumkan pelabur tentang status

Tanggung risiko tindakan sekiranya gagal memenuhi keperluan modal berbayar minimum sebelum tarikh akhir

Kuala Lumpur, 26 November 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersenarai di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang belum lagi meningkatkan modal berbayar mereka masing-masing kepada sekurang-kurangnya RM60 juta dan RM40 juta adalah dikehendaki memaklumkan pelabur mengenai status ketidakpatuhan mereka dan rancangan mereka bagi pematuhan, melalui laporan kemas kini dalam penyiaran keputusan kewangan suku tahunan mereka. Ini mesti dilaksanakan serta merta sehingga mereka mematuhi sepenuhnya keperluan modal berbayar minimum.

Tambahan lagi, sebarang cadangan korporat baru yang dikemukakan kepada SC oleh syarikat sedemikian mesti memasukkan cadangan bahawa ia akan meningkatkan modal berbayar kepada tahap minimum. Cadangan-cadangan yang tidak mengemukakan isu saiz modal minimum tidak akan dipertimbangkan.

Syarikat yang ketidakcukupan modal juga diingatkan supaya mematuhi tarikh akhir bagi pematuhan, yang telah dilanjutkan dari 30 April 2002 kepada 31 Disember 2002. Sekuriti syarikat tersenarai yang gagal memenuhi keperluan modal berbayar minimum sebelum tarikh akhir yang dilanjutkan akan dikenakan halangan dagangan (bayaran penuh sebelum belian). Halangan dagangan ini akan hanya ditarik balik apabila syarikat tersebut telah mematuhi sepenuhnya keperluan modal berbayar minimum.

SC juga akan mengambil langkah lain selepas tamat tarikh akhir yang dilanjutkan, seperti penggantungan daripada dagangan, sekiranya syarikat ini masih gagal menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan komited untuk meningkatkan modal berbayar mereka ke tahap yang dikehendaki.

Keperluan modal berbayar sebanyak RM60 juta dan RM40 juta masing-masing bagi Papan Utama dan Papan Kedua telah diperkenalkan oleh SC pada awal 1999 untuk meningkatkan apungan bebas dan kecairan saham syarikat tersenarai di BSKL. Syarikat tersenarai yang pada awalnya diberikan tempoh masa tiga tahun sehingga akhir April 2002 untuk mematuhi keperluan modal saham minimum. Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2002 bahawa tarikh akhir bagi syarikat tersenarai di Papan Utama dan Papan Kedua bursa saham untuk meningkatkan modal berbayar mereka kepada tahap minimum telah dilanjutkan dari April 2002 hingga Disember 2002.

Sehingga 13 November 2001, kira-kira 12% daripada 516 syarikat tersenarai di Papan Utama dan 57% daripada 293 syarikat tersenarai di Papan Kedua masih belum mencapai modal berbayar minimum yang diperlukan. Senarai penuh syarikat ketidakcukupan modal ini disediakan dalam Lampiran.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup