Takrifan pemegangan syer substansial dinaikkan kepada 5%

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa pindaan telah dikuatkuasakan kepada Peraturan-Peraturan Perindustrian Sekuriti (Laporan Pemegangan Syer yang Substansial) 1998. Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Ogos 2001.

Peraturan-peraturan ini telah dipinda bagi menakrifkan seseorang pemegang syer substansial sebagai seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan tidak kurang daripada lima peratus jumlah nominal syer mengundi dalam sesebuah syarikat. Sebelum pindaan tersebut, seseorang pemegang syer substansial ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan tidak kurang daripada dua peratus syer mengundi sesebuah syarikat. Di samping itu, keperluan bagi penzahiran pegangan syer substansial oleh pemegang amanah wadiah (bare trustees) telah dimansuhkan bawah peraturan yang dipinda itu.

Pindaan-pindaan ini adalah sejajar dengan pindaan kepada Akta Syarikat 1965 baru-baru ini yang berkaitan dengan laporan pemegangan syer substansial.

Di samping itu, pindaan itu juga menyatakan bahawa pelaporan pemegangan syer substansial kepada pihak SC boleh dibuat melalui format pelaporan yang digunakan bawah Akta Syarikat 1965. Ini adalah bagi mengurangkan beban kepada mereka yang terbabit dengan peraturan ini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup