Tan Sri Md Nor Bersara sebagai Pengerusi SC; Dato' Zarinah Dilantik Sebagai Pengganti Berkuat Kuasa 1 April

Kuala Lumpur, 2 Mac 2006

Sebagaimana yang diumumkan oleh Pejabat Menteri Kewangan hari ini, Tan Sri Dato' Md Nor Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, yang tempoh perkhidmatannya tamat pada 31 Mac 2006, telah menyatakan hasrat beliau untuk bersara daripada jawatan yang disandangnya.

YAB Perdana Menteri / Menteri Kewangan telah melantik Dato' Zarinah Anwar untuk menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berkuat kuasa dari 1 April 2006.

Pihak Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Md Nor Yusof atas khidmat cemerlang beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, dan menghargai sumbangan besar beliau dalam pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal Malaysia.

Dato' Zarinah Anwar sekarang ini merupakan Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, jawatan yang disandang oleh beliau sejak perlantikannya di Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Disember 2001. Dato’ Zarinah, yang mempunyai kelulusan sebagai seorang peguam, sebelum ini telah berkhidmat bersama Shell selama 22 tahun dan merupakan Timbalan Pengerusi Shell Malaysia, serta Pengarah Sumber Manusia, Hal Ehwal Korporat dan Undang-Undang.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup