Tarikh Pengumuman Baru bagi Senarai Sekuriti Patuh Syariah SC

Kuala Lumpur, 29 Mac 2007

Senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini akan dikeluarkan pada setiap hari Jumaat terakhir bulan Mei dan November. Senarai sebelum ini dikeluarkan pada setiap bulan April dan Oktober.

Perubahan ini adalah untuk menyeragamkan tarikh pengumuman senarai SC dengan tarikh semakan Indeks Syariah EMAS FTSE-Bursa Malaysia (FBM). Indeks Syariah EMAS FBM menggunakan senarai patuh Syariah SC sebagai asas untuk membina konstituen indeks tersebut.

Senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah SC yang pertama bagi tahun 2007 akan dikeluarkan pada 25 Mei.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup