Terbitan Bonus, Skim Opsyen Saham Pekerja Tidak Lagi Memerlukan Kelulusan SC

Kuala Lumpur, 9 Februari 2004

Syarikat awam yang membuat terbitan bonus, skim saham pekerja dan skim opsyen saham pekerja (ESOS), tidak lagi memerlukan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC), berikutan pindaan kepada Jadual 1, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA). Parameter pengawalseliaan berkenaan terbitan bonus dan cadangan ESOS oleh syarikat tersenarai kini ditadbir oleh Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB) melalui Keperluan Penyenaraian MSEB dan Keperluan Penyenarian MSEB untuk Pasaran MESDAQ.

Berikutan pindaan-pindaan bulan lalu, peruntukan berkenaan terbitan bonus dan cadangan ESOS yang terkandung dalam Polisi and Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti SC (Garis Panduan Terbitan) tidak lagi terpakai. Pemansuhan ini berkuatkuasa melalui Nota Panduan 8B dan 9A, yang dikeluarkan di bawah Bab 8 (Tawaran Ekuiti) dan Bab 9 (Waran, Opsyen, Sekuriti Boleh Tukar dan Saham Keutamaan) Garis Panduan Terbitan masing-masing.

Di bawah Keperluan Penyenaraian MSEB dan Keperluan Penyenarian MSEB untuk Pasaran MESDAQ, laporan penilaian asset perlu disediakan mengikut keperluan Garis Panduan Penilaian Aset SC dalam kes-kes di mana terbitan bonus dibuat dengan mempermodalkan rizab penilaian semula hartanah. Berhubung dengan kerperluan laporan penilaan untuk terbitan bonus, Nota Panduan 3 di bawah Garis Panduan Penilaian Aset SC telah dikeluarkan untuk menjelaskan keperluan berkenaan laporan penilaian yang disediakan bagi tujuan tersebut.

Nota Panduan 8B dan 9A di bawah Garis Panduan Terbitan dan Nota Panduan 3 di bawah Garis Panduan Penilaian Aset boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup