Tiada fi minimum pemegang amanah dari 1 Julai 2002

Kuala Lumpur, 27 Jun 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa, dari 1 Julai 2002, pemegang amanah dan syarikat pengurusan tabung unit amanah boleh berunding mengenai fi pemegang amanah tanpa sebarang had minimum.

Polisi baru ini, yang sejajar dengan usaha SC untuk meliberalisasikan lagi dan mempertingkat daya saing struktur fi bagi tabung unit amanah, diperkenalkan melalui Practice Note 17 Guidelines on Unit Trust Funds. Nota Amalan 17 tersebut boleh didapati di sini.

Dengan pemansuhan had minimum ke atas fi pemegang amanah, perundingan mengenai fi antara pemegang amanah dan syarikat pengurusan akan berdasarkan, antara lain, tanggungjawab pemegang amanah sebagai pemegang amanah kepada sesuatu tabung unit amanah dan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang saham tersebut.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup