Berikutan pelantikan ini, Dato’ Ahmad Fairuz akan meninggalkan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua Eksekutif di SC berkuat kuasa 31 Mac 2018.
Dato’ Ahmad Fairuz menyertai SC pada 2012 sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 2016. Ketika tempoh perkhidmatan beliau, SC telah mencatatkan sebilangan kejayaan dalam kes-kes utama dan Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Ahmad Fairuz atas peranan utama yang dimainkan oleh beliau dalam menerajui dan mengarah usaha-usaha penguatkuasaan SC.
Pelantikan Dato’ Ahmad Fairuz sebagai Pesuruhjaya Kehakiman adalah susulan daripada beberapa pelantikan ke badan Kehakiman daripada alumni SC.