Unit Baru SC Bagi Mengendalikan Aduan Awam Mengenai Pelanggaran Undang-undang Sekuriti

Kuala Lumpur, 27 September 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan penubuhan Unit Aduan di bawah Bahagian Pematuhan dan Penguatkuasaan. Unit Aduan ini akan mula beroperasi pada 28 September 1999.

Penubuhan Unit Aduan ini memformalkan sistem sedia ada yang diamalkan oleh SC bagi mengendalikan aduan berkenaan salahlaku dan lain-lain perkara yang menyimpang daripada kebiasaan dalam industri sekuriti dan niaga hadapan yang berkaitan dengan pelanggaran undang-undang dan peraturan sekuriti.

SC percaya Unit Aduan akan memudahkan usaha penguatkuasaan SC dan menyumbang ke arah mencapai objektif dan memenuhi mandat berkanunnya dalam memelihara integriti pasaran dan melindungi kepentingan pelabur.

Orang awam boleh menghantar aduan bertulis kepada:

Unit Aduan
Suruhanjaya Sekuriti
No. 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur

Faks: 603-654 8991
E-mel: [email protected]

Unit Aduan boleh dihubungi di nombor telefon: 603-654 8999. Aduan yang dihantar mesti mengandungi nama, alamat dan nombor telefon pengadu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diedarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak media yang memerlukan bantuan boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel no. 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03-654 8625 (Soh Beng Choo) atau faks no.: 03-651 5078.


Maklumat latar belakang:

Suruhanjaya Sekuriti (SC),
sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup