Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Ceo Transmile

SC minta bantuan awam untuk jejak Gan Boon Aun

28 Oktober 2021

Gan Boon Aun
SC sedang memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Gan Boon Aun, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Transmile. SC telah memperoleh waran tangkap pada 18 Oktober terhadap Gan. Waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi apabila Gan gagal hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar rayuannya selepas beberapa percubaan dibuat untuk memastikan kehadirannya.
Gan disabitkan kesalahan pada 27 Ogos 2020 kerana dengan sengaja memberikan kenyataan yang mengelirukan berkaitan hasil Transmile Group Berhad dalam Laporan Suku Tahunan Syarikat tersebut berkenaan Penyata Kewangan Gabungan Tidak Diaudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006. Kenyataan yang mengelirukan mengenai jumlah hasil itu terdiri daripada jualan palsu bernilai lebih RM333 juta. Gan disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda berjumlah RM2.5 juta oleh Mahkamah Sesyen. Gan telah memfailkan rayuan terhadap sabitannya dan SC telah memfailkan rayuan balas terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Gan.

Mahkamah Tinggi sejak itu menolak rayuan Gan berikutan kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran rayuannya. Mahkamah telah menetapkan 13 Disember 2021 untuk rayuan balas SC terhadap hukuman itu, sementara menunggu pelaksanaan waran tangkap terhadap Gan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gan boleh menghubungi SC di talian: +6012 248 4186 / +6017 360 8329 /+6012 604 3195 atau e-mel: [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup