Sekitar jam 6.20 petang tadi, bangunan SC bergegar disebabkan oleh gegaran yang kuat. Semua kakitangan yang berada di bangunan SC telah diarahkan keluar, mengambil kenderaan masing-masing dan pulang ke rumah dengan selamat.

Punca gegaran tersebut dilaporkan disebabkan oleh satu kejadian gempa bumi yang kuat di selatan Sumatera, yang dikatakan turut memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara jiran. Beberapa bangunan lain di Lembah Klang dilaporkan turut mengalami gegaran.

Pengerusi dan pengurusan kanan prihatin mengenai situasi ini. Satu pasukan dari FMS telah memeriksa struktur bangunan SC malam ini.

Setakat ini, mereka tidak menemui sebarang tanda kerosakan dan bangunan ini dianggap selamat. Oleh itu, esok (Khamis 1 Oktober) adalah hari bekerja seperti biasa.

Anda disarankan supaya sering menyemak laman web SC bagi mendapatkan maklumat kemas kini. Anda juga boleh menghubungi talian hotline SC (03-6204 8554) untuk mendapatkan maklumat.

Pasukan Krisi SC
30 September 2009