SC mengakui bahawa kualiti sumber manusia merupakan kunci ke arah membangunkan dan mengawal selia sesebuah industri yang kompleks dan dinamik. Kakitangan kami memperoleh kepuasan bekerja di sebuah agensi yang disegani dan berprofil tinggi, yang menjaga kepentingan umum. Mereka amat yakin terhadap mandat kami melindungi pelabur dan memastikan ketelusan, integriti dan pembangunan teratur bagi pasaran modal Malaysia yang membuat kerja mereka lebuh bererti.

Anda boleh memohon untuk menyertai SC dengan memilih salah satu daripada jawatan kosong yang ada atau menyertai program-program yang berikut:

Matlamat Kami

Dasar sumber manusia kami disasarkan kepada membangunkan golongan profesional yang berwibawa, ahli, pakar dan bakat pengurusan yang memberikan hasil yang baik dan memajukan objektif organisasi. Kakitangan kami datang daripada pelbagai bidang termasuk perakaunan, ekonomi, undang-undang, matematik, pengajian perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains, falsafah dan bahasa.

Kakitangan Kami

Kakitangan kami sentiasa dicabar untuk belajar dan mengembangkan kemahiran mereka bagi merancang, malah mendahului persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah. Kakitangan SC setia, komited, artikulat, profesional dan seimbang dalam perspektif dan pendekatan.

SC pula terus berusaha ke arah memastikan persekitaran yang ideal, yang kakitangannya boleh memberikan sumbangan. Melalui pelbagai program, kakitangan SC boleh mendapat pengalaman yang luas dan mendalam, mengasah kemahiran teknikal mereka, dan, sambil mereka bergerak ke hadapan dalam organisasi, peluang secukupnya diberikan bagi menguji kecekapan pengurusan dan kepimpinan mereka.

SC komited untuk menjadi “Majikan Pilihan”. Kami mengakui kepentingan dalam menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi kakitangan.