Bil.

Jenis Kesalahan

Tertuduh

Fakta Kes

Kompaun

1.

Berdagang dalam kontrak niaga hadapan tanpa lesen

Tan Chee See

Tan berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain melalui Southlink Sdn Bhd tanpa lesen.

Tan dikompaun RM170,000 bagi kesalahan tersebut.

2.

Menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan tanpa lesen

Loi Kum Peng

Loi, bersubahat dengan Prudent Trend Sdn Bhd (PTSB) dalam menjalankan perniagaan pembrokeran niaga hadapan, yang mana semua pengarah atau kakitangan PTSB tidak mempunyai lesen.

Loi dikompaun RM80,000 bagi kesalahan tersebut.

3.

Gagal mematuhi syarat lesen peniaga

Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KLCS)

KLCS gagal mematuhi syarat lesen peniaganya apabila ia membenarkan seorang yang bernama, Kamarul Bahrain Md Yusof, dan tiga syarikat, Melor Permata Capital Management Sdn Bhd, Sterling Edge Sdn Bhd dan Vintage Ventures Sdn Bhd, bertindak sebagai wakil peniaganya tanpa lesen.

KLCS dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

4.

Bertindak sebagai wakil peniaga tanpa lesen

Kamarul Bahrain Md Yusof

Kamarul bertindak sebagai wakil peniaga bagi Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KLCS) tanpa lesen, apabila dia berurus niaga dalam sekuriti dengan–
(a) memperkenalkan pembeli bon dan/atau penjual bon; dan
(b) memperdaya KLCS supaya membuat satu perjanjian dengan tujuan untuk melanggan dan/atau menjual bon tanpa lesen.

Kamarul dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

Melor Permata Capital Management Sdn Bhd

Melor Permata bertindak sebagai wakil peniaga bagi Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KLCS) tanpa lesen melalui Pengarahnya, Mohamad Azan Sulaiman, yang berurus niaga dalam sekuriti melalui–
(a) memperkenalkan pembeli bon dan/atau penjual bon; dan
(b) memperdaya KLCS supaya membuat satu perjanjian dengan tujuan untuk melanggan dan/atau menjual bon tanpa lesen.

Melor Permata dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

Vintage Ventures Sdn Bhd

Vintage Ventures bertindak sebagai wakil peniaga bagi Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KLCS) melalui seorang yang bernama Wan Aminuddin Aminin Wan Sulaiman, yang berurus niaga dalam sekuriti melalui–
(a) memperkenalkan pembeli bon dan/atau penjual bon; dan
(b) memperdaya KLCS supaya membuat satu perjanjian dengan tujuan untuk melanggan dan/atau menjual bon tanpa lesen.

Vintage Ventures dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

Sterling Edge Sdn Bhd

Sterling Edge bertindak sebagai wakil peniaga bagi Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd (KLCS) melalui seorang yang bernama Jeffri Muhammad Yusop, yang berurus niaga dalam sekuriti melalui–
(a) memperkenalkan pembeli bon dan/atau penjual bon; dan
(b) memperdaya KLCS supaya membuat satu perjanjian dengan tujuan untuk melanggan dan/atau menjual bon tanpa lesen.

Sterling Edge dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

5.

Bertindak sebagai penasihat pelaburan tanpa lesen

Tai Nan Holdings (M) Sdn Bhd

Tai Nan bertindak sebagai penasihat pelaburan tanpa lesen apabila ia menasihati Kuala Lumpur City Securities Sdn Bhd mengenai sekuriti pendapatan tetap tanpa lesen.

Tai Nan dikompaun RM300,000 bagi kesalahan tersebut.

6.

Membenarkan maklumat palsu dikemukakan kepada BSKL berhubung dengan urus niaga sekuriti

Mohd Kamal Mohd Eusuff

Mohd Kamal, bekas Pengarah Urusan Zaitun Bhd (Zaitun), membenarkan maklumat palsu dikemukakan kepada BSKL berhubung dengan BSKL berhubung dengan urus niaga dalam sekuriti.
Maklumat palsu tersebut adalah berhubung dengan satu pengumuman bahawa tiada seorang pun daripada para pengarah atau pemegang saham terbesar Zaitun, mempunyai sebarang kepentingan, sama ada langsung atau tidak langsung, dalam cadangan pemerolehan saham-saham Hai Ming Bhd dan Grand Central Enterprise Bhd, sedangkan sebenarnya Mohd Kamal mempunyai kepentingan dalam pemerolehan itu secara langsung atau tidak langsung melalui mereka yang mempunyai hubungan dengannya.

Mohd Kamal dikompaun RM450,000 bagi kesalahan tersebut.