Bil.

Jenis Kesalahan

Tertuduh

Fakta Kes

Kompaun

1.

Menyebabkan maklumat palsu dikemukakan kepada SC

Anwar Yeo Abdullah

Anwar, Pengarah Urusan PMS Supplier Sdn Bhd, menyebabkan maklumat palsu dikemukakan kepada SC berhubung dengan cadangan penstrukturan semula Promto Bhd.
Maklumat palsu berhubung dengan pengisytiharannya bahawa dia tidak pernah didakwa, disabitkan atau dikompaun bagi sebarang kesalahan bawah undang-undang sekuriti, undang-undang korporat atau mana-mana undang-undang lain yang membabitkan penipuan atau tidak amanah, di mana-mana mahkamah undang-undang, sedangkan dia sedang menghadapi satu tuduhan bawah seksyen 11(c) Akta Anti Rasuah 1997 di Mahkamah Sesyen Labuan pada ketika dia membuat pengisytiharan itu.

Anwar Dikompaun RM200,000 bagi kesalahan tersebut.

Tan Sri Dato’ Ahmad Johan

Tan Sri Dato’ Ahmad Johan, Pengarah dan Pengerusi National Aerospace & Defence Industries Berhad (NADI) dan juga Pengarah Tenaga Kimia Berhad (Tenaga Kimia), menyebabkan maklumat palsu dikemukakan kepada SC berhubung dengan cadangan penyenaraian NADI dan Tenaga Kimia.
Maklumat palsu itu berhubung dengan pengisytiharannya bahawa dia tidak pernah menghadapi sebarang siasatan oleh mana-mana kerajaan atau pihak atau badan berkuasa pengawalseliaan dalam tempoh lima tahun sebelum pengemukaan itu, sedangkan pada masa pengisytiharan itu dibuat, dia tahu bahawa dia berada dalam siasatan polis.

Tan Sri Dato’ Ahmad dikompaun RM200,000 bagi kesalahan tersebut.

2.

Berdagang dalam kontrak niaga hadapan tanpa lesen

Teng Chee Keong

Teng berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak enam pelanggan melalui Omni Alliance Sdn Bhd (Omni) tanpa lesen broker niaga hadapan. Teng adalah Pengarah Omni pada masa tersebut.

Teng dikompaun RM10,000 bagi kesalahan tersebut.

Koh Chin Heng

Koh bersubahat dengan Unique Mega Marketing Sdn Bhd yang berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain tanpa lesen broker niaga hadapan.

Koh dikompaun RM150,000 bagi kesalahan tersebut.

Yanto

Yanto bersubahat dengan Unique Mega Marketing Sdn Bhd yang berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain tanpa lesen broker niaga hadapan.

Yanto dikompaun RM150,000 bagi kesalahan tersebut.

3.

Menyebabkan maklumat palsu dikemukakan kepada SC

Goh Kai Tong

Goh, Pengarah Hospitech Resources Berhad (Hospitech), menyebabkan maklumat palsu dikemukakan kepada SC berhubung dengan permohonan penyenaraian Hospitech di Pasaran MESDAQ di Bursa Malaysia.
Maklumat palsu itu adalah berhubung dengan hasil anak syarikat Hospitech, Hospitech Marketing Sdn Bhd, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2002.

Goh dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.