Bil.

Jenis Kesalahan

Tertuduh

Fakta Kes

Kompaun

1.

Dengan menyedarinya telah membenarkan pembuatan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia

Kuan Pek Seng

Kuan dengan menyedarinya telah membenarkan pembuatan kenyataan palsu kepada BSKL (sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia) berhubung dengan perolehan dan keuntungan Chin Foh Bhd (CFB) seperti yang dilaporkan dalam hasil terkumpul teraudit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2000, yang terkandung dalam laporan tahunan CFB bertarikh 28 April 2000.

Pada masa berkenaan, Kuan Pek Seng adalah Pengarah Urusan Kumpulan CFB.

Kuan dikompaun RM1 juta kerana kesalahan tersebut.

2.

Bersubahat dalam membuat kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia

Lim Chin Tong

Lim Chin Tong bersubahat dengan Kuan Pek Seng dalam membuat kenyataan palsu kepada BSKL (kini Bursa Malaysia) berhubung dengan perolehan dan keuntungan CFB sebagaimana yang dilaporkan dalam hasil terkumpul teraudit CFB bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2000, yang terkandung dalam laporan tahunan CFB bertarikh 28 April 2000.

Pada masa tersebut, Lim Chin Tong adalah Pengarah Eksekutif CFB.

Lim dikompaun RM300,000 bagi kesalahan tersebut.

3.

Berdagang dalam kontrak niaga hadapan tanpa lesen

Bay Put Hai

Bay bersubahat dengan Reinn Holdings Sdn Bhd yang berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak orang lain tanpa lesen broker niaga hadapan.

Bay Dikompaun RM250,000 bagi kesalahan tersebut.