Bil.

Jenis Kesalahan

Tertuduh

Fakta Kes

Kompaun

1.

Membuka akaun sekuriti bawah nama nomini yang bukan pemilik benefisial

Patric Lim Hong Koon

Membuka akaun di Omega Securities Sdn Bhd dan Amsteel Securities Sdn Bhd bawah nama nomini bagi Soh Chee Wen.

Patric Lim Hong Koon dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

2.

Bersubahat dalam membuat kenyataan yang mengelirukan dalam butiran penting

Lo Chok Ping

Lo dikompaun kerana bersubahat dengan Transmile Group Berhad (TGB) membuat kenyataan yang mengelirukan dalam butiran penting dalam “Laporan Suku Tahun Hasil Terkumpul Belum Beraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2006” TGB

Pada masa yang berkenaan, Lo adalah Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Pengarah Eksekutif (ED) TGB.

Lo dikompaun RM700,000 bagi kesalahan tersebut.

3.

Melanggar syarat kelulusan cadangan

Chan Ah Chye

Pada 14 Jun 2001, Talam Corporation Bhd (TCB) melalui penasihatnya, Abrar Discounts Berhad (Abrar), mengemukakan satu cadangan kepada SC bagi cadangan terbitan RM600 juta Sekuriti Hutang Islam Al Bai Bithaman Ajil (BaIDS) oleh Maxisegar Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TCB.
Tujuan penerbitan BaIDS adalah bagi membiayai sebahagian daripada kampus induk Universiti Industri Selangor [UNISEL] dan membangunkan tiga bidang yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Maxisegar Sdn Bhd.

Pada 7 September 2001, SC meluluskan cadangan tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, antara lain, sebarang perubahan kepada terma dan syarat penerbitan mestilah mendapat kelulusan SC terlebih dahulu.

Siasatan mendapati bahawa RM90 juta daripada perolehan BaIDS telah dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan lain daripada tujuan yang diluluskan selepas kelulusan itu diberikan.

Chan dikompaun RM500,000 bagi kesalahan tersebut.

4.

Menyebabkan terbitnya prospektus yang mengandungi maklumat palsu.

Ng Chee Loong

Ng, Prinsipal Messrs Michael Ng & Associates (Akauntan Pelapor Energro Berhad), didakwa menyebabkan terbitnya prospektus Energro Berhad yang mengandungi maklumat palsu iaitu perolehan Milan Auto (M) Sdn Bhd bagi tahun 2003 ialah RM82.336 juta.

Ng dikompaun RM800,000 bagi kesalahan tersebut.

TAWARAN KOMPAUN
1. Dianggap dengan sengaja telah membenarkan kenyataan yang mengelirukan dibuat kepada Bursa Lee Yoon Wah Lee Yoon Wah, sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif United U-Li Corporation Berhad (United U-Li), dianggap dengan sengaja membenarkan kenyataan yang mengelirukan dibuat kepada Bursa Malaysia berhubung dengan keuntungan sebelum cukai United U-Li sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata kewangan beraudit bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2004. Lee Yoon Wah dikenakan kompaun sebanyak RM200,000 bagi kesalahan tersebut.