Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh
Pengerusi

Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang kewangan dan pengawalseliaan sekuriti.

Tan Sri Dato’ Seri Ranjit telah memainkan peranan penting dalam kerja-kerja dasar pengawalseliaan sekuriti di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan Naib Pengerusi Lembaga Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), badan sejagat pengawal selia sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) IOSCO.

Tan Sri Dato’ Seri Ranjit ketika ini mempengerusikan Securities Industry Development Corporation (SIDC), Majlis Pembangunan Modal Teroka Malaysia (MVCDC) dan Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF). Beliau ialah Naib Pengerusi Institut Kewangan Asia (AIF) dan ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Yayasan Pelaporan Kewangan. Beliau juga ahli lembaga pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM).

Tan Sri Dato’ Seri Ranjit terlatih sebagai ahli ekonomi kewangan dan akauntan. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dan ijazah Sarjana Ekonomi dalam Kewangan daripada Monash University, Melbourne. Beliau juga telah dianugerahi ijazah Kedoktoran Undang-undang honoris causa oleh Monash University, Melbourne dan merupakan felo CPA Australia. Beliau telah berkhidmat dalam bidang akademik, perundingan dan perakaunan di Australia dan Malaysia.